KL CHRONICLE: Bukan Nak Pertahankan, @anwaribrahim Kini Bidas JAIS dan JAIPP

Tuesday, June 10, 2014

Bukan Nak Pertahankan, @anwaribrahim Kini Bidas JAIS dan JAIPP


Bekas Banduan yang kini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas sikap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) yang tidak sensitif dengan agama dan kepercayaan penganut bukan Islam sehingga mengganggu upacara mereka.




Anwar berkata, tindakan dua jabatan agama terbabit dilihat bukan lagi melibatkan penetapan hukum mengikut undang-undang tetapi soal keangkuhan kuasa.

"Jangan menghina sesuatu agama atau kaum.

"Kalau kita tidak tegur sekarang tindakan sama akan berlanjutan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Jais yang mengganggu upacaran perkahwinan Zarina Abdullah Majid dan pasangan Hindunya di sebuah kuil di Petaling Jaya 1 Jun lalu serta Jaipp merampas mayat seorang wanita yang dikatakan sudah memeluk Islam daripada upacara pengkebumian Cina di Georgetown, semalam.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata Jaipp tidak menghormati upacara pengkebumian dan sepatutnya mengambil kira perasaan keluarga terlibat.

"Saya hendak minta janganlah memberikan satu pandangan hak orang bukan Islam tidak wujud langsung, hormati sensitiviti," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan berjumpa dengan keluarga mendiang Teoh Cheng Cheng secara peribadi selepas selesai sesi Dewan Rakyat minggu depan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar ketika mengulas berkata, PAS juga tidak menyokong cara jabatan agama di dua negeri ini bertindak, yang disifatkannya sebagai bodoh.

Katanya, exco agama perlu dimaklumkan terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan melibatkan orang bukan Islam.

"Exco agama mestilah dilibatkan supaya ada kebertanggungjawaban politik jika ada krisis atau isu yang besar," katanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget