KL CHRONICLE: @AKaprawi : #KLIA2 Antara Paling Cepat dan Murah Dibina

Tuesday, June 10, 2014

@AKaprawi : #KLIA2 Antara Paling Cepat dan Murah Dibina


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi menjelaskan bahawa terminal KLIA 2 merupakan yang terbaik dari segi pembinaannya dan terbaik dari segi kos pembinaannya.




Menurutnya, KLIA merupakan lapangan terbang yang paling cepat dibina berbanding dengan lapangan terbang di negara lain.

“Lapangan terbang KLIA 2 ini hanya mengambil masa selama empat tahun pembinaannya dan ia merupakan antara yang tercepat,” katanya sewaktu sidang rakyat di Parlimen hari ini.

Jelasnya lagi, pembinaan lapangan terbang ini telah menewaskan lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dan beberapa lagi lapangan terbang.

“Pembinaan lapangan terbang antarabangsa Hong Kong mengambil masa enam tahun berbanding KLIA 2 yang mengambil masa hanya empat tahun,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Aziz turut menjelaskan bahawa kos pembinaan terminal KLIA 2 yang menelan belanja sebanyak RM3.962 billion itu juga merupakan antara yang termurah dari segi kos pembinaannya.

Ujar Aziz lagi, walaupun sebelum ini terdapat beberapa masalah kecil yang berlaku, namun masalah tersebut telah dapat diselesaikan.

“Sebelum ini masalah seperti beberapa rekahan pada beberapa kawasan landasan, termasuk sebuah ruang pesawat di KLIA2 itu telah dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

“Bahkan ia tidak menjejaskan penerbangan serta tidak akan mewujudkan masalah besar,” katanya.



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget