KL CHRONICLE: BN tanggung RM 130 Juta bagi 22, 320 jemaah haji pun korang kata BN kejam?

Thursday, June 5, 2014

BN tanggung RM 130 Juta bagi 22, 320 jemaah haji pun korang kata BN kejam?


Subsidi yang diperuntukkan kerajaan kepada jemaah haji Malaysia merupakan kadar subsidi yang tertinggi sehingga RM6,000 bagi setiap pendeposit di Tabung Haji.




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi pemberian subsidi itu, kerajaan sehingga ke hari ini masih mengekalkan kos mengerjakan ibadat haji itu pada kadar RM9,980.

"Saya dimaklumkan kos sebenar mengerjakan ibadat haji melebihi RM16,000 bagi setiap jemaah.

"Bagi musim haji tahun ini, kerajaan tanggung lebih RM130 juta bagi 22,320 jemaah haji," katanya selepas merasmikan selepas merasmikan Tabung Haji Debit-i Mastercard, Coffee Table Book & Pusat Kewangan Islam (IFiC) di Bangunan TH, di sini, hari ini.

Menurut Najib, sehingga bulan lalu (Mei 2014) seramai 1.5 juta umat Islam telah mendaftar dengan Tabung Haji dan sebilangan besarnya adalah golongan muda dan kanak-kanak.

"Keadaan itu menggambarkan bahawa ekonomi umat Islam kita semakin baik dan mereka semangat yang tinggi untuk mengerjakan ibadat haji.

"Namun senarai jemaah menunggu giliran semakin panjang dan jumlah kouta haji pula terbatas menyebabkan seorang pendeposit terpaksa menunggu hingga 50 tahun untuk mengerjakan haji," katanya.

1 comment:

hELmI said...

nak bertanya duit dari tabung bn ke atau duit pendeposit dari cukai yang rakyat bayar?
kena faham bezakan antara duit tabung bn kerana dari mana hasilnya duit tabung bn tu...sekiranya dari ahli bn yang berdaftar...bolehkah wang bukan islam digunakan untuk mengerjakan ibadat haji? yang belum tentu halal haramnya sumber wang tersebut.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget