KL CHRONICLE: @NajibRazak : RSN Rayer ADUN @dapmalaysia Biadap

Sunday, May 25, 2014

@NajibRazak : RSN Rayer ADUN @dapmalaysia Biadap



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengecam tindakan seorang wakil rakyat DAP yang mengeluarkan kata-kata kesat dalam kritikannya terhadap pemimpin Umno dan menganggap perbuatan itu sebagai biadab.




"Kita dalam sistem demokrasi, kita boleh mempunyai pendirian yang berbeza, dan kita boleh mengeluarkan kritikan antara satu  sama lain tetapi kata-kata kesat, kata-kata yang hina ini tidak boleh dan tidak patut dikeluarkan oleh mana-mana wakil rakyat ataupun pemimpin politik. 

"Saya anggap ini sebagai suatu yang keterlaluan, sesuatu yang bersifat biadab dan tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang bersikap rasional dan waras," katanya kepada wartawan Malaysia ketika diminta mengulas kenyataan oleh Adun Seri Delima, RSN Rayer baru-baru ini. 

Rayer mengeluarkan kata-kata kesat itu kepada pemimpin Umno pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Selasa lepas sehingga menimbulkan kemarahan ahli Umno.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia mesti menunjukkan bahawa mereka menghormati amalan demokrasi yang sihat dan matang.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget