KL CHRONICLE: @mpkotabelud : Hampir 37,000 Rakyat Malaysia Sertai Program #MyHome @GoTeamRD

Thursday, April 24, 2014

@mpkotabelud : Hampir 37,000 Rakyat Malaysia Sertai Program #MyHome @GoTeamRD

@mpkotabelud di Perhimpunan Bulanan KPKT pagi ini.
Susulan daripada artikel saya pada 27 March 2014 [Boleh dibaca disini] berkaitan program #MyHome yang dilancarkan oleh Dato' Abdul Rahman Dahlan,  hari ini Yang Berhormat Menteri (YBM) telah mengesahkan bahawa 37,000 orang telah memohon untuk menyertai program #MyHome ini.  Ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan kerana tidak hampir sebulan sahaja program ini dilancarkan, rakyat telah memberi response yang sangat baik dengan menyokong usaha kerajaan yang murni ini.



Bukan sahaja rakyat yang didapati menyokong program ini, malah menurut YBM, lima pemaju perumahan telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menyertai #MyHome dan 49 pemaju lagi melahirkan minat untuk menyertai program ini. Jelas sekali #MyHome adalah bukti kejayaan satu lagi inisiatif Kerajaan.  Saya berpendapat dengan penyertaan yang ramai dari orang awam dan juga pemaju, it shows that the people have confidence in the government in general and the ministry in particular. 

Sebagai kerajaan yang menepati janji, YBM juga telah mengumumkan "the next step" bagi program #MyHome dimana kerajaan kini akan melaksanakan penilaian individu dan pemaju dengan teliti, supaya mereka yang benar-benar layak saja akan menikmati manfaat program ini. 

Alhamdulillah, sebagai rakyat Malaysia, saya berasa gembira dengan usaha mulia kerajaan ini untuk membantu rakyat golongan "middle class" untuk memiliki rumah di bandar. Diharapkan lebih ramai pemaju akan tampil untuk bersama-sama membantu kerajaan dan rakyat untuk menjayakan program ini. Insyallah. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget