KL CHRONICLE: Datuk Amar Bidas David @NgaKorMing & @dapmalaysia, Kata Hudud Tak Bercanggah Dengan Buku Jingga

Thursday, April 24, 2014

Datuk Amar Bidas David @NgaKorMing & @dapmalaysia, Kata Hudud Tak Bercanggah Dengan Buku Jingga


Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah hari ini membidas kenyataan Ahli Parlimen Kristian DAP dari Taiping, David Nga Kor Ming dengan menjelaskan bahawa perjanjian bersama Majlis Pimpinan Pembangkang pada 28 September 2011 tidak menyentuh mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.



Menurutnya, perjanjian yang dibuat ketika itu hanyalah melibatkan permuafakatan dalam pembangkang dan antara parti komponen PR yang antaranya adalah persefahaman untuk tidak melaksanakan hukum hudud bagi peringkat negara.
“Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sudah diluluskan sejak 21 tahun lalu di negeri ini dan ia langsung tidak bertembung dengan perjanjian pakatan pembangkang serta tidak bercanggah dengan kandungan Buku Jingga.
“Dalam perjanjian tersebut (Majlis Pimpinan Pembangkang), kita (Pas) berjanji dengan DAP dan PKR untuk tidak menyebut soal negara Islam atau hudud di peringkat negara, perjanjian tersebut hanya untuk negara dan dalam konteks Kelantan ia berlainan kerana hukum hudud sudah diluluskan sejak tahun 1993.
“Saya juga tidak faham mengapa mereka (DAP dan PKR) mempertikaikan usaha kita sedangkan manifesto juga terdapat di peringkat negara serta negeri,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah dan Pecah Tanah Projek Rumah Taman Kurnia Jaya, semalam.
Mohd Amar diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa isu sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak wujud.
Beliau berkata, saranan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming supaya Pas fokus pada konsep negara berkebajikan juga tidak pernah diabaikan.
Katanya, Pas tidak pernah mengetepikan agenda tersebut sebagaimana dipersetujui selama ini.
“Konsep negara berkebajikan sememangnya menjadi agenda kita, hukum hudud ini dilihat mampu mengukuhkan lagi konsep tersebut selain dapat membantu aspek keselamatan dalam negara, jenayah terlalu tinggi, sudah tiba masanya undang-undang Islam ini dilaksanakan, mereka (DAP) harus beri peluang kepada kita melaksanakan hukum ini dan sekiranya kita gagal, barulah mereka ada sebab untuk menolak,” katanya.
Jika Enakmen Kanun  Jenayah Syariah (2) 1993 dilaksanakan di Kelantan, kerajaan Pas Kelantan tidak teragak-agak untuk mendapatkan pakar bedah bagi menjalankan salah satu hukuman dalam undang-undang Islam itu.
Mohd Amar berkata, dalam masa sama, pesalah dibenarkan pulang ke rumah selepas hukuman seperti memotong tangan dijalankan tanpa perlu menjalani hukuman lain seperti penjara atau sebagainya.
Menurutnya, undang-undang Islam lebih berperikemanusiaan kerana mengikut pertimbangan atas tindakan yang dilakukan sebelum dijatuhi hukuman.
Katanya, orang bukan Islam tidak perlu bimbang  kerana ia hanya melibatkan orang Islam tetapi  membantu membanteras jenayah untuk semua masyarakat.

1 comment:

Ali said...

Molek tu, jangan tanguh-tanguh jangan cari alasan, laksanakan sehingga memberi kesan. Tun M.sudah berdekad pencen, UMNO tidak pernah menentang cuma memberi pandangan, jika patah ayat menyebut, biarlah pas laksanakan dulu, jika ada penambahbaikkan sila sama-sama memperbaiki, LAKSANAKAN.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget