KL CHRONICLE: #PrayForMH370 : Instead of Helping, @drwanazizah Kritik & Hina Usaha Mencari dan Menyelamat #MH370

Saturday, March 15, 2014

#PrayForMH370 : Instead of Helping, @drwanazizah Kritik & Hina Usaha Mencari dan Menyelamat #MH370


Penulis kesal dengan kenyataan tidak sensitif Calon PKR Kajang Dr. Wan Azizah yang menghina usaha kerajaan mencari pesawat #MH370. kenyaaan Wan Azizah dibawah adalah tidak tepat apabila kerajaan secara specific telah memberitahu aset negara seperti C-130, APMN Bombardier, helicopter Fennec, Kapal Perang TLDM, Kapal Terbang TUDM telah dikerahkan ke dua lokasi iaitu Laut China Selatan dan Laut Andaman. 


Selain itu, kerajaan melalui timbalan Menteri MOT juga telah secara specific deny sebarang kaitan dengan bomoh tersebut. Jadi kenapa Wan Azizah harus menipu, menghina dan mencela usaha yang kini dilakukan oleh hampir 18 buah negara? 

KENYATAAN WAN AZIZAH

Calon PRK Kajang daripada PKR, Datuk Seri Ketika 13 negara menjalankan misi mencari dan menyelamat menggunakan peralatan dan kelengkapan canggih untuk mengesan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, tindakan Malaysia menggunakan khidmat "Bomoh Do Re Mi" memalukan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu dalam ceramah di Taman Maju Satu, Kajang malam tadi berkata, tindakan menggunakan bomoh itu memalukan negara, apatah lagi Malaysia turut dikenali sebagai salah sebuah negara Islam di dunia.

"Bagaimana Barisan Nasional (BN) menangani krisis pesawat hilang. China, kerana majoriti penumpang rakyat mereka, menggunakan satelit,  Singapura menggunakan kapal selam. Malaysia pakai bomoh, naik tikar.

"Kita ada satu filem P Ramlee dahulu, Laksamana Doremi, itu memang dongeng," katanya ketika berceramah di hadapan 300 penyokong Pakatan Rakyat (PR) merujuk kepada lagenda seni tanah air.

"Kalau orang Islam, kita tidak buat macam ini. Memalukan orang Islam," katanya.

Isu berkenaan kehilangan pesawat MH370 mula menjadi sebahagian intipati ceramah kempen PR untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.

Dalam ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, beliau membangkitkan isu kelemahan pengendalian misteri kehilangan pesawat tersebut apabila pihak berkuasa memberikan jawapan yang bercanggah sesama sendiri ketika ditanya pemberita.

"Negara kita, menghadapi krisis demi krisis. Sekarang ini jerebu, MH370, tapi pemimpin tidak buat apa-apa pun," kata Dr Wan Azizah.

"Ini masa depan saya, ini untuk masa depan. Mari kita tukarkan apa yang tidak baik dengan kerajaan kita," katanya.

Ketika ceramah malam itu, pemimpin PR, termasuk penyokong-penyokong mereka turut bertafakur seminit bagi menghormati 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang hilang daripada radar pada 8 Mac lalu selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Mereka yang beragama bukan Islam dilihat turut memegang lilin sebagai simbolik acara tersebut.

Sementara itu, rakan komponen Pakatan daripada DAP, Lim Kit Siang, berkata meskipun kehilangan pesawat berkenaan merupakan berita yang sukar untuk rakyat Malaysia, PRK Kajang terpaksa diteruskan memandangkan ia dirancang lebih awal.

"Tapi ada perkara kita tidak boleh tunggu seperti Kajang ini. Kita terpaksa menjalankan kempen walaupun berat hati.

"Soalan utama adalah mencari dahulu pesawat walaupun timbul banyak persoalan," kata veteran DAP itu.

Lim berkata, Pakatan turut bersedih atas insiden berkenaan dan mengharapkan yang terbaik untuk anak kapal dan penumpang MH370.

"Hari ini hari ketujuh kehilangan pesawat MH370, kita semua sedih.

"Kita pun tidak tahu apa yang berlaku. Kita berharap dan berdoa supaya semua penumpang dan anak kapal semua selamat.

"Tetapi hari ini nampaknya ada perkembangan, pertama kali mereka (pihak berkuasa) yang bertanggungjawab kata ada unsur sabotaj," katanya.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, PRK DUN Kajang bakal menentukan hala tuju Malaysia.

"PRK ini sebagai peluang untuk mewakili 30 juta rakyat Malaysia untuk tunjuk hala tuju masa depan Malaysia.

"Sebab itu saya ada satu harapan. Tidak kira apa keputusan mahkamah, kita ada mahkamah rakyat," katanya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan yang manjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas kesalahan liwat, sekali gus melucutkan kelayan beliau untuk bertanding di DUN berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya rayuan Anwar gagal di peringkat Mahkamah Persekutuan, mahkamah rakyat di Kajang bakal menjadi suara rakyat sebagai pejuang keadilan di negara ini.

"Mahkamah rakyat di Kajang pada 23 Mac ini adalah suara rakyat," katanya.

Pemimpin itu berkata, untuk menjadikan PRK DUN Kajang perhatian dunia, pengundi di kawasan tersebut perlu memastikan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun hilang wang depositnya.

"Kalau kita boleh pastikan calon BN hilang deposit, kita akan menggegarkan dunia. Kajang akan jadi pilihan raya kecil paling terkenal di Malaysia.

"Kita tidak kira siapa calon BN, masalahnya bukan siapa calon, masalahnya sistem kehakiman. Kalau kita mahu menang, saya haraplah, memang bukan senang, tapi kita kena berusaha," katanya. – 15 Mac, 2014.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget