KL CHRONICLE: Salinan Laporan Polis ADUN Hutan Melintang Kini Dibongkar, Cubaan Untuk Alih Isu #KajangGate #KLChronicle

Thursday, February 6, 2014

Salinan Laporan Polis ADUN Hutan Melintang Kini Dibongkar, Cubaan Untuk Alih Isu #KajangGate #KLChronicle



Displaying IMG-20140205-WA0018.jpg

Masyarakat khususnya mereka yang melayari laman-laman sosial petang semalam gempar seketika apabila dikatakan kononnya ADUN Hutan Melintang dari PKR, S Kesavan telah mengumumkan untuk keluar parti.



Kesavan dikatakan telah menghantar sepucuk surat bertarikh 2 Januari lalu kepada pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), Datuk Seri S.K. Devamany bagi memaklumkan kononnya dia telah menjadi Adun Bebas kerana telah "hilang kepercayaan dengan pimpinan parti."

Namun begitu apabila dihubungi oleh pihak media, Kesavan menafikan mengenai perkara itu dan mengatakan surat tersebut adalah palsu.

"Saya dapat tahu mengenai surat berkenaan kira-kira pukul 2 petang ini. Setelah diteliti menerusi aplikasi WhatsApp, saya dapati tandatangan di dalam surat berkenaan tidak sama dengan tandatangan saya.

"Kepala suratnya juga tidak sama dengan kepala surat rasmi yang biasa saya gunakan walaupun nama, alamat dan nombor kad pengenalan saya adalah betul.

"Saya terkejut dengan dakwaan ini kerana saya tidak pernah berhasrat untuk keluar parti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Devamany yang dihubungi mengesahkan menerima surat berkenaan pada pukul 2.40 petang ini daripada keraninya. Beliau difahamkan, penghantar surat berkenaan seorang lelaki.

Kesavan sebelum ini mengesahkan dia menerima makluman mengenai perkara ini pada pukul 2.00 petang, manakala Speaker memaklumkan beliau menerima surat tersebut pada jam 2.40 petang.

Persoalannya ialah, bagaimanakah Kesavan boleh menerima makluman awal mengenainya surat tersebut?

Jawapannya mudah, isu surat peletakan jawatan itu bertujuan untuk mengalihkan perhatian masyarakat yang ketika ini sedang marah dengan tindakan PKR di Dun Kajang. Umum mengetahui tindakan parti itu yang sengaja meletakan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding adalah merupakan satu bentuk pembaziran dan mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh pengundi.

Malah maklum balas dan komen-komen yang diterima melalui laman-laman sosial jelas membuktikan rakyat tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Peletakan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai calon hanya bertujuan untuk mengelakkan perebutan kuasa dan meredakan masalah dalaman yang sedang melanda parti itu.

Di dalam ceramah penerangan yang diadakan sebelum ini, Anwar turut mengakui keputusan itu merupakan strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berdepan pelbagai tekanan dalam politik semasa. Dalam masa sama, Anwar mengakui strategi mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepadanya untuk bertanding memang sudah dirancang.

"Peletakan jawatan Chin Cheh pada 27 Januari lalu dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu dan bukan secara mengejut. Dia letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kerana hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan Negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu," katanya.

Bagaimanapun, sepanjang kira-kira 45 minit berucap, Anwar dilihat gagal memberi penjelasan meyakinkan kepada lebih 200 orang penyokongnya yang hadir sehingga ada yang bertindak keluar dewan.

Dalam erti kata lain, Anwar gagal meyakinkan penyokong sendiri, dan cabaran lebih besar bakal menantinya. Iaitu mengembalikan sokongan pengundi Kajang yang marah kerana telah ditipu dan diheret dengan permainan politik PKR.

Oleh itu, sekiranya kemarahan rakyat di Kajang gagal ditangani, Anwar bakal dimalukan sekali gus memadamkan impian dan harapannya untuk menjadi Menteri Besar.

Jalan terbaik dengan mementaskan sandiwara baru, bagi mengalihkan tumpuan masyarakat. Dengan cara itu, rakyat akan menyalahkan Umno dan kembali menyokong PKR.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget