Tindakan PKNS memecat 23 orang kakitangannya secara tiba-tiba
semalam mengejutkan banyak pihak. Ia
difahamkan sebagai ‘kesinambungan’ dari pemecatan Azmin Ali akibat perbalahanan
beliau dengan kepimpinan negeri, Dato’ Seri Khalid Ibrahim. Pemecatan besar-besaran ke atas
kakitangan awam, walaupun bertaraf kontrak belum pernah lagi berlaku apatah
lagi tanpa sebarang penjelasan.
Pihak PKNS mahupun kerajaan negeri menafikan sebarang kaitan
pemecatan itu dengan politik dalaman parti PKR. Bagaimanapun, rakyat Malaysia jauh
lebih bermaklumat dan mampu membaca di sebalik kenyataan-kenyataan rasmi para
pemimpin politik. Rakyat
sedia maklum bahawa apa yang berlaku adalah ‘pertunjukan’ gila kuasa di dalam
PKR dalam menangani kerakusan dan ketamakan DAP.
Menurut sumber dari pihak pembangkang sendiri, perbalahan antara
Azmin dan Khalid turut melibatkan soal perkauman di mana projek-projek
perumahan PKNS hampir semuanya dibuat dan dijual secara usahasama dengan
kontraktor atau pemaju luar dan bukan lagi dengan PKNS Engineering and
Construction atau PKNS Holdings.
Akibat dari pendekatan ini, yang mendapat keuntungan hanyalah
pemaju dan kontraktor berbangsa Cina dan harga hartanah pula melambung
tinggi. Tindakan ini
juga dilihat sebagai pemangkin kepada usaha DAP untuk mengusir orang-orang
Melayu di kawasan bandar.
Khalid Ibrahim sudah terkenal sebagai boneka DAP dan pastinya,
segala tindak tanduk beliau perlu mendapat ‘kelulusan’ atau pun arahan dari DAP. Oleh itu, kita tidak hairan apabila
beliau mengambil tindakan drastik memecat sekali gus 23 orang kakitangan yang
dikhabarkan sebagai barisan yang berusaha mengekang kerakusan DAP di
PKNS.
Tidak tahu sejauh mana spekulasi ini benar, tetapi bagi mereka
yang mengikuti perkembangan politik semasa, adalah sukar untuk kita tidak
mempercayainya.
Kedudukan Azmin di dalam kemelut ini, bagaimanapun, agak
samar. Ada yang berkata
bahawa DAP lebih mudah untuk berurusan dengan Anwar dari Azmin dan ini mungkin
menjadi punca kenapa Azmin dipecat dan Anwar cuba diangkat sebagai Menteri
Besar. Tindakan ini akan menyelesaikan masalah perbalahan dalaman PKR dan
juga mengukuhkan penguasaan DAP sekali gus.
Jika benar, nampaknya DAP telah berjaya menjaringkan 2 atau 3 gol
dengan satu tendangan sahaja. Pertamanya,
mereka berjaya memastikan yang kroni mereka di kalangan pemaju dan kontraktor
terus beroleh keuntungan, keduanya, usaha untuk menyingkirkan orang Melayu dari
bandar terus berjalan lancar serta ketiganya, matlamat mereka untuk
mengurangkan kakitangan awam tercapai walaupun belum menjadi kerajaan
pusat.
Janji untuk mengurangkan kakitangan awam dibuat oleh Tony Pua pada 31hb Oktober 2011 di Johor Bharu,
iaitu “jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, maka kita
akan kemukakan satu projek yang dinamakan ‘Projek
Khas Mengurangkan Kakitangan Awam’ untuk
mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.”
DAP nampaknya tidak main-main untuk memecat kakitangan awam dan
dalam kes di Selangor ini, mereka melakukannya melalui ‘proxy’ yang bersifat
boneka iaitu pemimpin Melayu dari PKR. Khalid
Ibrahim telah membuktikan beliau adalah sebuah boneka yang setia kerana
sentiasa membela dan menyebelahi DAP dalam apa jua isu termasuk dalam soal
akidah Islam.
Namun, hayat politik boneka ini mungkin tidak lama kerana dilihat
semakin hari semakin menjadi beban kepada negeri mahupun politik PKR dan
DAP. Justeru, siapa lagi
yang lebih sesuai untuk menggantikannya melainkan seorang yang mempunyai
berbagai rahsia hitam di dalam genggaman DAP, iaitu Anwar Ibrahim.
Anwar walaupun membawa imej liberal dan menerima pluralisme,
beliau masih diterima oleh beberapa kelompok Melayu, terutamanya di
bandar. Justeru,
Anwar sebagai Ketua Pembangkang, merupakan personaliti yang paling layak untuk
menjalankan segala arahan DAP di Selangor tanpa dipersoal oleh orang-orang
Melayu. Orang Melayu tidak
akan menuduh bahawa Anwar menurut cakap DAP dan percaya bahawa segala tindakan
Anwar adalah atas keputusan beliau sendiri.
Dalam fikiran Anwar, mungkin beliau menyangka yang beliau sedang
mempergunakan DAP untuk mencapai matlamatnya. Di dalam fikiran DAP pula, Anwarlah
yang sedang dipergunakan mereka. Hakikatnya,
kedua-dua pihak saling guna-memperguna. Sementara PAS duduk memerhati - setia
menunggu arahan dari kedua-dua mereka.
Berdasarkan hakikat ini, nasihat kita kepada orang-orang Melayu
Kajang agar menolak Anwar. Bayangkan,
dengan dana Selangor yang sebegitu banyak dan projek yang sebegitu besar yang
di dalam perancangan di Kajang, siapakah yang akan mendapat
keuntungannya? Apakah
ada sedikit harapan untuk kemajuan dan penambahan pemilikan hartanah untuk
orang-orang Melayu di situ sekiranya Anwar menang?
Atau apakah semakin ramai kakitangan awam akan dibuang?
No comments:
Post a Comment