Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) menyaksikan Lim Kit Siang pulang ke negeri asal kelahirannya selepas lama di negeri lain seperti Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Lim Kit Siang tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada tahun 2008 iaitu Ipoh Timur sebaliknya beliau berpindah ke kawasan Parlimen Gelang Patah. Melihat lawannya ketika itu, Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional Negeri Johor yang juga Menteri Besar negeri berkenaan, Dato’ Abdul Ghani Othman, Lim Kit Siang pada mulanya dijangka menerima saingan sengit daripada lawannya itu. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Lim Kit Siang menang besar dengan majoriti 14,762 undi.
Gelang Patah merupakan kubu kuat MCA, tidak dinafikan. Ahli MCA teramai adalah dari Gelang Patah. Namun begitu, keputusan pilihanraya ini menyaksikan bagaimana seorang nama besar yang sering melompat kawasan menang selesa di sana mengenepikan seorang Menteri Besar. Apakah signifikannya keputusan di Gelang Patah ini dengan Pilihanraya Kecil Kajang kelak?
BACA LEBIH LANJUT DISINI [HERE]
No comments:
Post a Comment