Polemik mengenai isu Syiah yang dikaitkan
dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan
Mat Sabu itu seperti tiada penghujungnya. Terbaru, perkara itu telah di dedahkan
oleh Ustaz Ashiq Ilahi, seorang mudir dari Al-Maahad Al-Fathoni, atau lebih
dikenali sebagai Pondok Bukit Kobah.
Beliau yang merupakan ahli Pas itu,
menjelaskan pendedahan yang dilakukan itu adalah hasil siasatan yang
dilakukannya sejak sekian lama. Menurutnya melalui temubual yang dilakukan
terhadap rakan-rakan karib Mat Sabu dan guru-guru beliau, majoriti mengatakan
Timbalan Presiden Pas itu adalah merupakan seorang penganut fahaman Syiah.
“Sekiranya kita bertanya kepada ahli-ahli
agama yang berfahaman Ahli Sunah Wal Jemaah, (khususnya) di dalam Pas sendiri,
semua akan mengatakan bahawa Mat Sabu ini memang (berfahaman) Syiah.
“Contohnya, Tok Guru Hj Salleh di Sik
(juga merupakan salah seorang pengikut tegar Pas) sendiri turut mengetahui mengenai
fahaman Syiah Mat Sabu ini, malah (beliau) banyak kali berpesan kepada
ahli-ahli kuliahnya agar berhati-hati dengan Mat Sabu” katanya.
Menurut Ustaz Ashiq lagi, baru-baru ini
seorang rakannya ada menziarahi Tok Guru Hj Salleh di kediamannya. Antara pesan
yang disampaikan kepadanya ialah meminta agar Mat Sabu kalah dalam pemilihan
jawatan Timbalan Presiden.
“Seperti yang didedahkan oleh KDN sebelum
ini, antara 10 bukti yang mengatakan Mat Sabu menganut fahaman Syiah disebutkan
oleh Tok Guru Hj Abdul Rahim Rahman, daripada Pondok Sungai Jagung.
“Menurutnya (Tok Guru Abdul Rahim) lagi,
beliau pernah ternampak Mat Sabu bersembahyang dengan ciri-ciri Syiah di dalam
ibadatnya” jelas Ustaz Ashiq.
Di dalam isu yang lain, Mat Sabu turut
ditempelak oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed
Nordin yang mempertikaikan perlantikannya sebagai Pesuruhjaya Negeri yang baru
bagi menggantikan Mohd Salleh Man yang telah digugurkan. Menurut Hafis, sebelum
ini Mat Sabu pernah menolak cadangan untuk memintanya menerajui kepimpinan Pas
negeri.
Yang menjadi persoalannya ialah, dia bukan
setakat menolak cadangan tersebut namun turut mencadangkan agar jawatan
tersebut diberikan kepada Mohd Salleh.
“Sebelum ini kami kepimpinan Pas negeri
mahukan Mat Sabu terus menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tetapi beliau
menolak dan mencadangkan Mohd. Salleh. Walau bagaimanapun kini beliau menerima
pula sedangkan dirinya terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk didakwa
dikaitkan dengan Syiah," katanya kepada pihak media sebelum ini.
Menurutnya perlantikan Mat Sabu itu
seperti ada yang tidak kena dan dilihat wujud satu agenda yang tersirat.
Selasa lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk
Mustafa Ali mengumumkan pelantikan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau
Pinang dalam satu sidang akhbar di Pejabat Agung parti itu di ibu negara.
Kesimpulannya semua kenyataan ini adalah
merupakan bukti, bahawa Umno/BN langsung tidak terlibat dalam serangan dan
gerakan terhadap Mat Sabu ini. Apa yang jelas, ramai di kalangan pengikut dan
ahli Pas sendiri sebenarnya tidak senang dengan perlantikan Mat Sabu sebagai
Timbalan Presiden parti dan Pesuruhjaya Pas negeri.
Pada mereka, Mat Sabu hanya layak
dijadikan ‘kuda tunggangan’ di atas pentas-pentas ceramah sahaja. Ini kerana
selain mampu mengumpulkan jumlah hadirin yang ramai, Mat Sabu juga dilihat
boleh memberikan ‘pulangan’ yang memberangsangkan hasil dari kutipan derma yang
dijalankan.
Link Video :
No comments:
Post a Comment