KL CHRONICLE: #MCA Ingin #UMNO Tunduk Pada Cina @dapmalaysia Baru Nak Buat Kerja? @weekaasiongmp @chongsinwoon #KLChronicle

Saturday, December 21, 2013

#MCA Ingin #UMNO Tunduk Pada Cina @dapmalaysia Baru Nak Buat Kerja? @weekaasiongmp @chongsinwoon #KLChronicle


Perhimpunan Agung MCA yang berlangsung semalam memperlihatkan desakan untuk mencabar perlembagaan dengan mempertikai dasar kerajaan mengenai hak bumiputera.  Tanpa mengambil kira bahawa dasar itulah yang menjamin keharmonian negara selama ini, MCA menuduh UMNO sebagai bersikap rasis kerana terus mempertahankannya. 



MCA juga di masa yang sama meluahkan rasa tidak senang dengan ucapan-ucapan pemimpin UMNO yang lantang memperjuangkan Melayu.  Seolah-olah mengugut, MCA mengingatkan UMNO agar tidak membuat ucapan yang dikatakan berbaur rasis. 

Mungkin sudah tiba masanya perkataan ‘rasis’ diberi definisi yang lebih mendalam.  Apakah rasis sekiranya kita mempertahankan bangsa sendiri?  

Sekiranya ucapan yang berbunyi ‘kita akan terus mempertahankan hak Melayu’ adalah rasis, apakah pendirian Dong Zong untuk ‘terus mempertahankan pendidikan dan bahasa Cina’ tidak rasis?   Kenapa MCA tidak pernah mengecam Dong Zong? 

Sekiranya ungkapan ‘pendatang’ terhadap Cina adalah rasis, apakah seruan ‘Melayu bodoh, malas, bukan penduduk asal, pergi masuk hutan, pergi mati’ tidak rasis?    

Sekiranya hak bumiputera adalah rasis, apakah pra-syarat bekerja di syarikat swasta yang mewajibkan bahasa Mandarin tidak rasis? 

Sekiranya sektor awam didoniminasi bumiputera adalah rasis, apakah sektor swasta didominasi Cina tidak rasis? 

Justeru, di mana letaknya sempadan atau garis tepat perkataan ‘rasis’ ini? 

Jika kita tidak mengikuti perkembangan politik dan mendengar ucapan-ucapan pemimpin MCA di dalam perhimpunan tersebut, maka kita tentu akan menyangka yang ianya adalah perhimpunan DAP.  Telah terbukti kini bahawa perjuangan MCA dan DAP sama sahaja, kedua-duanya hanya inginkan satu perkara iaitu agar Melayu tunduk kepada Cina.

Tidak perlu berlindung di sebalik seruan kesamarataan atau keadilan kerana kita tahu bahawa kaum Cina tidak akan bersaing secara adil dalam apa jua keadaan.  Sudah sekian lama negara ini menyaksikan bagaimana kaum Cina menutup peluang kaum lain dalam perniagaan.  Untuk mengatasinya, kerajaan cuba meningkatkan daya saing orang Melayu melalui dasar-dasar yang mempertahankan hak-hak bumiputera. 

Namun ternyata sikap kaum Cina yang enggan memberi peluang kepada bangsa lain membuatkan cita-cita kerajaan untuk melihat persaingan yang sihat antara kaum masih belum dapat direalisasikan. 

Ditambah pula dengan sikap orang Melayu sendiri yang gagal berubah menjadi lebih pro-aktif dan agresif, menggandakan kesukaran untuk mencapai cita-cita murni ini. 

Bagaimanapun, di pihak UMNO, kita tidak ada masalah untuk mengakui salah silap bangsa sendiri dan terus berusaha untuk memperbaikinya. 

Apa yang dikesalkan ialah di pihak MCA yang enggan mengaku keburukan sikap bangsa Cina yang tamak dan gemar menipu atau mengsabotaj bangsa lain sebagai antara  faktor utama kegagalan mencapai cita-cita itu. 

Kaum Cina sama ada dari MCA atau DAP sama-sama enggan memikul apa-apa tanggungjawab langsung atas apa-apa jua yang berlaku.  Sehinggakan prestasi BN yang teruk dalam PRU lalu juga diletakkan sepenuhnya oleh MCA di atas kepala UMNO.   

Secara dasarnya, MCA seolah-olah berkata “sekiranya hak bumiputera dihapuskan dan UMNO berhenti dari membela Melayu serta membiarkan kaum Cina mendominasi semua sektor di Malaysia,  maka barulah kaum Cina akan menyokong BN”. 

Bukankah ini tidak adil?  Apakah dengan menurut kemahuan satu kaum sahaja merupakan satu langkah yang baik untuk negara?  Apakah MCA buta atau sememangnya hipokrit yang paling hina? 

Umum tahu bahawa prestasi BN teruk pada PRU yang lalu adalah kerana MCA tidak buat kerja.  Semuanya kernaa MCA tidak lagi mendokong aspirasi BN mahupun kerajaan Malaysia.  MCA mengimpikan Malaysian Malaysia DAP.  Di masa yang sama MCA juga tamak dan licik kerana enggan keluar dari BN demi kuasa untuk menekan kerajaan dari dalam. 

MCA terlalu angkuh merasakan yang UMNO perlu tunduk kepada Cina kerana Cina menguasai ekonomi negara.  MCA tidak sedar bahawa penguasaan ekonomi oleh kaum Cina itulah bukti bahawa UMNO itu adil dan tidak rasis serta tidak pernah menindas sesiapa. 

Selama ini, UMNO tidak pernah menyeru orang Melayu agar memboikot barangan Cina.  UMNO tidak pernah berdendam walaupun sedar yang Cina mendiskriminasi peniaga dan pekerja Melayu dalam sektor swasta. 

Malah, UMNO berusaha mengatasinya dengan cara menegur dan membantu Melayu, bukannya dengan ‘memerangi’ Cina Namun, sikap chauvinis kaum Cina telah menidakkan semua ini.  MCA mahupun DAP terus dibutakan oleh keangkuhan yang keterlaluan. 

Sudah sampai masa untuk UMNO sedar bahawa sikap chauvinis dalam diri kaum Cina adalah semulajadi.  Ia tidak boleh diubah sama sekali.  Rasionalisasi moral dan fakta tidak akan mampu untuk membuat bangsa itu mengakui kesalahan sendiri. 

Dengan itu, kita harap tidak ada pemimpin UMNO yang kecut perut dengan ‘ugutan’ MCA ini.  Telah terbukti yang UMNO adalah cukup kuat walaupun sekadar berdiri atas kaki sendiri. 

Sedarlah bahawa UMNO sedang diuji, dicabar dan diugut agar melonggarkan barisan.  Satu-satunya cara untuk menghadapi ancaman sebegini ialah dengan memperkukuhkan barisan itu, yakni memperkasakan sokongan Melayu secara jitu. 

Pilihan bukan di tangan UMNO, tetapi di tangan MCA untuk terus berpegang kepada kontrak sosial dan semangat setiakawan BN, atau mengambil pendekatan ‘ubah’ seperti DAP.  

Ingatlah, maruah UMNO terletak pada prinsipnya.  Jika UMNO sudah tidak mampu lagi mempertahankan prinsip itu, maka tiada sebab lagi bagi orang-orang Melayu untuk terus menyokong UMNO. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget