Dalam komennya mengenai Persidangan Agung
UMNO yang berlangsung baru-baru ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah
Anwar menuduh parti itu menggelapkan masa depan orang Melayu.
Malah anak kepada Ketua Umum PKR itu
mendakwa UMNO tidak peduli nasib bangsa dan rakyat Malaysia dengan membiarkan
kos sara hidup naik.
Menurut Nurul lagi pemimpin-pemimpin negara
hidup senang lenang tatkala rakyat menderita kerana tekanan kos barangan
keperluan yang naik.
Komen seperti Nurul itu adalah contoh
mentaliti pemimpin pembangkang yang gaya cakap dan beretorik yang boleh memukau
si pendengar tetapi hakikatnya kosong dan tidak berlandaskan fakta.
Mungkin disebabkan generasi seperti Nurul
lahir dalam era negara sudah pun lama mengecapi kemerdekaan lalu jahil
mengharungi sejarsah perjuangan UMNO dan juga pejuang-pejuang Melayu yang
ikhlas dan kental mempertahankan ibu pertiwi.
Nurul seperti rakan-rakan seperjuangan muda
lain yang menyokong pembangkang berasa tidak perlu untuk mempelajari sejarah
kontemporari negara apatah lagi sejarah keagungan dan kehebatan Melayu sebagai
satu bangsa yang bermaruah dan progresif di alam Nusantara.
Bagi Nurul sudah cukup membaca sedikit
sebanyak sejarah perjuangan UMNO secara permukaan sahaja dan tidak berusaha
memahami perit dan getir generasi terdahulu yang membangunkan masa depan negara
yang dikecapi beliau kini.
Inilah sebenar wajah mereka yang menganut
fahaman liberalisme yang cuba disebarluaskan di dalam pemikiran rakyat negara
ini oleh tidak lain tidak bukan ayahnya sendiri, Anwar Ibrahim.
Seorang yang berkiblat kepada fahaman
liberalisme tidak melihat sejarah serta kefahaman mengenainya sebagai satu aset
penting dalam memahami erti kehidupan sebenar.
Orang seperti Nurul dan yang 'sewaktu'
dengannya melihat sejarah sebagai satu subjek yang mati dan kaku serta tidak
mampu menyumbang kepada pergerakan sesebuah tamadun ke arah kesempurnaan.
Oleh kerana fikiran golongan ini seperti
begitu, maka mereka tidak dapat mempelajari apa-apa daripada sejarah kerana
bukan itu yang menjadi panutan mereka dalam pencarian ideologi mereka.
PKR adalah sebuah parti yang berpegang dan
menganuti agama liberalisme di samping pluralisme.
Pada pemikiran Nurul apa yang penting
adalah apa yang dilihatnya di depan matanya sahaja.
Tidak perlu melihat ke belakang seperti
dalam hal ini perjuangan UMNO untuk membela bangsa Melayu.
Tidak menghairankan jika Nurul tidak pernah
dengar mahupun mengambil inisiatif untuk membaca karya-karya agung bangsa
Melayu yang ditulis oleh tokoh silam seperti Tun Sri Lanang, Hamzah Fansuri
atau yang lebih kontemporer seperti Za'aba, Hamka.
Mereka bukan sahaja menulis mnengenai
politik, ketamadunan tetapi juga sejarah jatuh bangun bangsa Melayu yang
sepatutnya dijadikan pedoman dan panduan oleh pemimpin muda seperti Nurul.
Adalah amat mudah bagi beliau memetik satu
dua statistik atau menemubual seorang dua penduduk di kawasannya mengenai
masalah mereka lalu membuat rumusan kerajaan adalah zalim, menindas dan
sebagainya.
Jika Nurul ingin menjadi seorang pemimpin
politik yang berwibawa dan berintegriti beliau hendaklah melengkapkan dirinya
dengan pengetahuan sejarah negara secara mendalam dan terperinci.
Membaca sejarah sahaja tidak mencukupi
tetapi memahaminya adalah lebih mencabar.
Setelah faham, yang lebih payah ialah
bagaimana pula mengintepretasi bahan sejarah yang telah difahami.
Dalam konteks komen dan kenyataan Nurul
mengenai UMNO, nampak sangat pengetahuan beliua mengenai latar belakang
berwarna warni parti itu sejak penubuhannya pada tahun 1946 tidak begitu
difahami oleh beliau.
Mungkin Nurul amat terpengaruh dengan kesan
poltiking yang parah di kalangan parti-parti pembangkang sehingga tidak dapat
memisahkan antara fakta, kenyataan dan fantasi.
Jangan disebabkan terlalu ghairah melayan
kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional sehingga tidak dapat mengimbangi
pendapat yang syumul dan adil terhadap jasa-jasa parti pemerintah yang telah
membangunkan negara dengan begitu hebat sekali.
Ingatlah kontemporer UMNO seperti Golkar di
Indonesia, LDP di Jepun, Kongres di India sudah hilang kuasa politik disebabkan
parti-parti itu tidak lagi mampu melalui proses peremajaan sebagaimana yang
sentiasa dilakukan UMNO.
Ingatlah, Nurul, sebenci mana saudari
luahkan perasaan terhadap UMNO, sistem kerajaan yang dipertahankan oleh UMNO
itulah juga yang membolehkan anda bergelar 'Yang Berhormat'.
2 comments:
Kenyataan yg sangat menyentuh hati nurani....
Acuan ayah...mmg melayu ni yg mudah lupa...
Post a Comment