Di tengah-tengah hiruk pikuk
penyokong pembangkang membelasah kerajaan berikutan cadangan untuk
menaikkan kadar tol bagi 13 buah lebuhraya dalam bandar
berkuatkuasa tahun depan, ramai di antara mereka mungkin terlepas pandang
bahawa semua masalah berkenaan adalah berpunca dari pemimpin pujaan
penyokong pembangkang sendiri - Anwar Ibrahim.
Ini kerana dari 13
buah konsesi tol yang terlibat dengan kenaikan pada
tahun depan, sebahagian besar (kalau bukan semua)
adalah dibina atas kelulusan yang diberikan oleh Anwar sewaktu
menjadi Menteri Kewangan Malaysia pada tahun 1992 - 1998.
Memang pengurusan
lebuhraya banyak berkaitan dengan Kementerian Kerja Raya yang
pada waktu itu diketuai oleh Datuk Seri (kini Tan Sri)
Samy Vellu, tapi Anwar sebagai Menteri Kewangan turut terlibat,
terutama terma dalam perjanjian konsesi dimana kerajaan perlu
membayar ganti rugi sekiranya syarikat pengendali lebuh
raya tidak dibenarkan
untuk menaikkan kadar tol mengikut syarat
dalam konsesi.
Sebagai alternatif kepada pembayaran
ganti rugi, Kementerian Kewangan yang diketuai Anwar
pada ketika itu telah memasukkan klausa yang
membolehkan kerajaan memanjangkan tempoh
konsesi bagi mengelakkan kenaikkan kadar tol.
Beberapa kali kerajaan telah menggunakan kuasanya
seperti
dalam perjanjian konsesi untuk memanjangkan tempoh konsesi dan pengguna
tidak perlu membayar sebarang kos tambahan. Contohnya, mengikut perjanjian asal, konsesi leburaya Utara
Selatan yang dikendalikan PLUS Berhad sepatutnya akan
tamat pada tahun 2025,
telah dilanjutkan beberapa kali sehingga kali terakhir
pada tahun 2038
sebagai ganti tidak menaikkan kadar tol.
Situasi
ini mungkin berkesan bagi jangka masa pendek,
tapi bagi jangka masa panjang, ia telah membebankan
pengguna yang terkemudian kerana terpaksa membayar caj yang
lebih mahal apabila
kadar tol dinaikkan pada kadar yang luar biasa tinggi.
Inilah kesan yang kita lihat berlaku
sekarang apabila kerajaan tidak lagi boleh
memanjangkan tempoh konsesi untuk menahan kenaikan caj tol dan terpaksa membenarkan
syarikat pengendali lebuhraya menaikkan kadar tol seperti mana
yang termaktub dalam perjanjian konsesi yang asal.
Semua
ini hasil 'kebijaksanaan' Anwar
ketika menjadi Menteri Kewangan.
Selain 10 konsesi baru lebuhraya yang
dibina sepanjang tempoh dia
menjadi Menteri Kewangan, perjanjian konsesi dalam bentuk
seperti yang dijelaskan di atas,
telah mengakibatkan pengguna lebuhraya hari ini perlu membayar caj yang
lebih tinggi sebagai ganti keselesaan semasa memandu
berbanding menggunakan jalan tidak bertol.
Untuk makluman, pentadbiran
Datuk Seri Najib Tun Razak belum pernah
lagi memanjangkan tempoh konsesi mana-mana
lebuhraya di Malaysia sejak menjadi Perdana
Menteri pada tahun 2009.
Apa yang dilakukan Perdana
Menteri ialah melepaskan kepentingan kerajaan dalam PLUS
kepada UEM Berhad dan KWSP yang menyaksikan kadar tol PLUS
tidak dinaikkan selama 5 tahun (2010-2015) dan bila
dinaikkan pun pada tahun 2016,
kadar kenaikkan itu nanti (5% bagi setiap 3 tahun) adalah jauh
lebih rendah
berbanding kadar mengikut perjanjian konsesi yang lama
(10% bagi setiap 3 tahun).
No comments:
Post a Comment