KL CHRONICLE: Kini @Anwaribrahim Cadangkan Program Baru Bagi Menggantikan Seksualiti Merdeka #KLChronicle

Thursday, December 19, 2013

Kini @Anwaribrahim Cadangkan Program Baru Bagi Menggantikan Seksualiti Merdeka #KLChronicle


Ketidakhadiran Anwar Ibrahim ke mahkamah pada 11 & 12 Disember lalu bagi mendengar Rayuan Kes Liwat II mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘bersalah’ di mata rakyat.  Apatah lagi dengan alasan ketidakhadiran itu adalah untuk menghadiri seminar anjuran IIIT di Georgetown University Amerika Syarikat.



Hakikat bahawa IIIT mempunyai sejarah skandal liwatnya sendiri dan University Georgetown juga merupakan antara universiti yang mengambil pendekatan ‘mesra’ LGBT, menjelaskan kenapa Anwar lebih mementingkan seminar tersebut daripada usaha untuk membersihkan namanya di mahkamah.

Bagaimanapun, maklumat dalaman memberitahu bahawa seminar yang dihadiri Anwar hanyalah sebahagian kecil dari tujuan utama beliau ke sana. 

Tujuan utama Anwar ke sana, antaranya adalah untuk berjumpa dengan Nate Tisa, iaitu seorang homoseksual pertama yang dilantik sebagai Presiden Pelajar university itu. 

Selain Nate, Anwar juga telah mengadakan pertemuan sulit dengan Ryan Fecteau, iaitu jurucakap homoseksual pertama bagi Catholic University of Amerika.

Seperti juga agama Islam, agama Kristian turut mengalami ancaman hebat dari kumpulan LGBT. 

Kumpulan songsang LGBT dilihat sebagai telah berjaya meruntuhkan pertahanan Kristian dengan bersaranya Pope Benedict dari Vatican secara tiba-tiba awal tahun ini.  Beliau merupakan Pope pertama yang bersara sejak 600 tahun dahulu.   

Ramai yang melihat persaraan beliau sebagai bertitik tolak dari ancaman dan tekanan dari kumpulan liberalis yang kurang senang dengan ketegasan beliau menentang LGBT.   Keraguan ini dikukuhkan lagi dengan tindakan media barat yang seolah-olah memperlekeh-lekehkan beliau dengan mengaitkan beliau dengan Islam sejurus selepas beliau bersara.  Pope Francis yang menggantikan Pope Benedict kemudiannya pantas digambarkan oleh media barat sebagai lebih terbuka terutama terhadap masalah LGBT.    

Maka tidak hairanlah, pada hari ini mula terdapat pihak Catholic Kristian yang mula membicarakan, malah mengaku mewakili kumpulan LGBT dalam agama itu secara terbuka.  Kononnya, amalan homoseksual tidak semestinya akan menjejaskan iman dan kepercayaan mereka terhadap Jesus Christ. 

Kita melihat perjumpaan Anwar dengan beberapa personaliti homoseksual Kristian ini sebagai kesinambungan usaha kumpulan yang sama untuk ‘menembusi’ agama Islam pula.  Setakat ini, agama Islam digambarkan sebagai satu-satunya agama yang menentang LGBT sedangkan hakikatnya ia turut dikecam dan diharamkan oleh Kristian dan juga Judaism. 

Namun, hari ini hanya Islam yang dijadikan sasaran utama memandangkan Kristian dan Judaism sudah berjaya ditembusi mereka. 

Dari situ, kumpulan ini secara tidak langsung mengajak ‘dunia’ menentang Islam atas alasan ajarannya yang ‘rigid’ dan tidak adil. 

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa 17 Mei merupakan Hari Menentang Fobia Terhadap LGBT Sedunia (International Day Against Homophobia and Transphobia)  atau IDAHO.   IDAHO disambut besar-besaran di seluruh dunia oleh kumpulan pro-LGBT dengan sambutan terbesar dibuat secara bergilir antara negara yang terlibat.  Antara yang menjadi pendokong kuat IDAHO termasuklah Nick Xenophon, ahli parlimen Australia yang beberapa kali berusaha untuk memujuk kerajaan negaranya agar masuk campur dalam PRU Malaysia atas permintaan Ambiga dan Anwar Ibrahim. 

Sekadar mengimbas kembali, Anwar juga pernah ke Perancis pada ketika sambutan terbesar IDAHO diadakan dinegara itu. 

Khabar menyatakan bahawa perjumpaan Anwar dengan kumpulan homoseksual di Amerika turut membincangkan mengenai sambutan terbesar IDAHO tahun hadapan.  Menurut sumber, terdapat cadangan untuk mengadakannya di Malaysia bagi menggantikan program Seksualiti Merdeka yang telah diharamkan oleh kerajaan. 

Kita tidak pasti sejauh mana khabaran ini benar.  Namun begitu, ketidakhadiran Anwar ke rayuan kes liwatnya dengan sendiri meyakinkan kita bahawa ianya benar belaka.

Justeru, tidak keterlaluan dikatakan bahawa Anwar mungkin bukan satu ancaman kepada negara, tetapi beliau mampu menjadi ancaman kepada akidah dan pegangan kita serta generasi akan datang sebagai umat Islam. 

Dan sekiranya masih ada penganut Kristian yang berpegang kepada ajaran Kristian sebenar, maka Anwar juga wajar dilihat sebagai ancaman kepada agama itu.  Bagaimanapun, melihat dari perkembangan terkini dalam agama Kristian di Malaysia, nampaknya penganut agama itu di sini juga telah ‘berubah’ mengikut rentak Pope Vatican yang baru, malah jauh lebih terbuka lagi dengan sama-sama membela dan menyokong kumpulan LGBT. 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget