KL CHRONICLE: kenyataan Akhbar Terkini Prasarana Isu Fitnah Pemberhentian Operasi @MyRapidKL #KLChronicle

Tuesday, December 31, 2013

kenyataan Akhbar Terkini Prasarana Isu Fitnah Pemberhentian Operasi @MyRapidKL #KLChronicle


KENYATAAN AKHBAR

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), pengendali perkhidmatan LRT dan monorel RapidKL, menyangkal dakwaan bahawa perkhidmatannya diberhentikan pada jam 6 petang untuk urusan penyelenggaraan seperti yang disebarkan melalui SMS hari ini.




Dakwaan berkenaan adalah palsu dan amat tidak bertanggungjawab kerana ia mungkin mengakibat kan keadaan panik di kalangan masyarakat ibukota dan pihak Prasarana akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Prasarana menuntut tindakan keras diambil terhadap SMS berkenaan, yang menyebut bahawa ia memetik laporan Bernama.

Kami berharap Bernama akan mengambil tindakan yang sama dengan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya.

Kami ingin menegaskan bahawa perkhidmatan LRT bukan saja akan beroperasi seperti biasa tetapi turut dilanjutkan sehingga jam 2 pagi di stesen utama dan 1 pagi di stesen-stesen lain bersempena dengan sambutan Tahun Baru 2014.

Untuk maklumat penuh tentang perkhidmatan LRT dan monorel, sila layari www.myrapid.com.my.

Dikeluarkan oleh

MASNIZAM HISHAM
Pengarah Kumpulan Perkhidmatan Infrastruktur Prasarana.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget