@azwanbro membangkitkan usul Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah |
Kerajaan bersetuju untuk membawa
usul bagi mengubah perlembagaan negara dengan menambah perkataan Ahli Sunnah
Wal Jamaah (ASWJ) bagi membendung masalah syiah yang dilihat semakin berkembang
di negara ini. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung
UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
"Apakah yang boleh kita
jadikan sebagai panduan selepas Perhimpunan Agung UMNO ke-67 ini dengan jelas
menyatakan menyokon teguh kesungguhan kerajaan meninggikan syariat Islam di
negara ini serta-merta.
"Dalam hal ini, kalau ada
pihak tidak menerima hakikat, saya setuju dengan seorang perwakilan kalau buat
baik, tak dapat diterima. Tetapi percayalah, kita tak akan lemah semangat
kerana Umno berada di atas landasan yang tepat, landasan ASWJ.
"Oleh itu, saya nyatakan,
Islam di negara ini adalah Islam agama persekutuan, dan berkefahaman
ASWJ," katanya.
Usul tersebut sebelum ini telah
dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun untuk
mentakrifkan Islam sebagai agama rasmi negara yang diperincikan hanya kepada
pegangan ASWJ. Cadangan itu dibuat ketika Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda
Umno yang berlangsung pada Selasa lalu.
Selain daripada itu, Badan
Perhubungan Umno Pulau Pinang turut membentangkan usul yang sama unuk meminta
Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Islam sebagai Agama
Persekutuan ditakrifkan kepada ASWJ.
Wakilnya, Datuk Shabudin Yahaya
berkata, langkah itu perlu kerana Islam bertunjangkan ASWJ mampu menjadi
benteng kukuh daripada sebarang usaha penyelewengan terutama oleh mana-mana
ajaran sesat.
Beliau berkata, usaha tersebut akan
melibatkan pindaan ke atas fasal tiga Perlembagaan Persekutuan.
''Kita mahu Islam yang
bertunjangkan kepada ASWJ dicatatkan sebagai satu kandungan rasmi di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Kita mahu memastikan tiada lagi pengikut-pengikut
ajaran sesat dengan mudah mereka mengaku Islam.,'' katanya.
Manakala Kementerian Dalam Negeri
(KDN) ketika diminta mengulas mengenainya berkata akan membawa usul untuk
memasukkan perkataan Sunnah Wal Jamaah dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai
memperincikan takrifan Islam sebagai agama persekutuan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul itu akan dibawa kepada kerajaan untuk
dibincangkan bagi menghalang fahaman lain termasuk Syiah daripada berkembang di
negara ini.
Ini adalah untuk memastikan agama
rasmi negara adalah berasaskan ASWJ dan bagi mengelakkan kefahaman lain
dikembangkan di negara ini," katanya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) sebelum ini, mengeluarkan statistik yang menganggarkan hampir 300 ratus
ribu rakyat di negara ini yang beragama Islam adalah merupakan pengikut fahaman
Syiah.
Ajaran Syiah mula memasuki Malaysia
sekitar tahun 80an selepas berlakunya revolusi Iran pada tahun 1978/79.
Pada tahun 1984, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab
Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk
diamalkan di Malaysia.
Namun pada tahun 1996, disebabkan
oleh penularan ajaran Syiah yang semakin berleluasa di negara ini, Muzakarah
Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam
yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan
Akhlak.
Kesimpulannya pengumuman yang
dibuat oleh Presiden Umno itu membuktikan bahawa parti itu begitu berani dan
serius untuk membendung ajaran sesat yang semakin berkembang ini.
No comments:
Post a Comment