KL CHRONICLE: Kini @Limkitsiang Tuduh Media Pembangkang SPIN Kenyataan Karpal Singh Pula #KLChronicle

Friday, November 8, 2013

Kini @Limkitsiang Tuduh Media Pembangkang SPIN Kenyataan Karpal Singh Pula #KLChronicle


Menyedari akan keterlanjuran dan kesilapan yang dilakukan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataan kontroversinya semalam, Penasihat parti itu, Lim Kit Siang dengan pantas menarik ‘hand break’ bagi membetulkan keadaan bagi menjaga hati rakan sekutunya Pas.



Karpal semalam dilaporkan telah menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan yang berasaskan kepada satu kaum dibatalkan pendaftaraannya supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa fahaman dan latarbelakang keturunan. Menurutnya lagi parti politik dan pertubuhan profesional yang berasaskan kaum dan agama sepatutnya tidak dibenarkan kerana ia merupakan sesuatu yang serius.

Bertindak untuk menjernihkan suasana, Kit Siang mendakwa bahawa kenyataan ahli parlimen Tasik Gelugor itu telah diputarbelitkan dan sengaja digembar-gemburkan oleh pihak media. Menurut Kit Siang lagi, kenyataan tersebut hanya merujuk kepada Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengkritik Majlis Peguam atas sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, The Herald.

Ekoran kenyataan yang dikeluarkan itu juga, Karpal dan DAP dilihat mula tertekan ekoran kecaman demi kecaman yang dilemparkan khususnya dari kalangan pimpinan Pas yang jelas tidak berpuas hati dengan pandangan itu. Mereka menyifatkan pandangan tersebut sebagai serius dan merbahayakan.

Tambah membimbangkan mereka, apabila hampir kesemua kepimpinan tertinggi Pas menolak dan tidak bersetuju dengan pandangan Karpal yang turut dilabelkan sebagai politik sempit seorang peguam dan ahli politik.

Tambah membimbangkan Kit Siang ialah, kumpulan pro-ulama dan liberal Pas dilihat saling bergabung untuk tidak bersetuju dengan kritikan pedas tersebut. Maka bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak menguntungkan, Kit Siang terpaksa men‘mengalah’ dengan meletakkan kesalahan kepada pihak media.

Sedangkan selain media arus perdana, media-media pembangkang juga dilihat begitu berminat untuk menyiarkan kenyataan Karpal itu. Antaranya ialah portal Malaysia Insider, Malaysiakini dan sebagainya. Sekiranya Kit Siang mendakwa kenyataan tersebut telah diputar-belitkan, apakah dia bermaksud, media-media pembangkang sebenarnya telah tersilap dalam laporan yang dikeluarkan?

Atau dalam bahasa lain, media pembangkang telah tersalah ‘spin’ kenyataan Karpal sehingga menyebabkan rakan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang saling bergaduh antara satu sama lain. Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa media pembangkang adalah merupakan media yang suka ‘spin’ bagi menanamkan sentimen kebencian rakyat kepada pihak kerajaan.

Kesimpulannya, sekiranya apa yang didakwa oleh Kit Siang mempunyai kebenarannya, dia sepatutnya menasihatkan Karpal agar mengemukakan saman fitnah terhadap Malaysiakini dan Malaysiainsider. Tambahan pula Karpal sebagai seorang peguam yang kononnya hebat sepatutnya tahu akan haknya memandangkan ini bukanlah kes yang pertama berhubung media. Malah menurut rekod dia juga pernah berulang kali mengemukakan saman sama ada bagi pihaknya atau anak guamnya. Jadi tidak timbul sebarang isu tersalah tafsir atau sebagainya


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget