Sandiwara atau tidak, saranan Karpal Singh agar parti berasaskan
kaum dan agama dihapuskan perlu diambil serius.
Walaupun PAS mungkin menyifatkan saranan Karpal sebagai satu lagi
‘acahan’ bagi meyakinkan masyarakat Cina terhadap perjuangan DAP menghapuskan
Islam sebagai agama rasmi, tetapi kita cukup maklum bahawa Karpal bukan sekadar
mengacah.
Respon PAS sudah dijangka, iaitu mengecam kenyataan Karpal dengan
harapan dapat meyakinkan umat Islam bahawa PAS serius mempertahankan Islam dari
cabaran DAP. Namun, seperti
biasa, kecaman hanya tinggal kecaman selama-lamanya. DAP terus mencabar, PAS terus mengecam
sambil di masa yang sama, kedua-duanya terus bekerjasama untuk menang
pilihanraya.
Dari satu sudut, tuduhan Karpal bahawa parti yang menggunakan nama
agama adalah merbahaya mungkin berasas kerana telah terbukti bahawa peristiwa
berdarah Memali adalah bertitik tolak dari doktrin PAS yang ekstrem. Malah, sehingga kini PAS terus
mempolitikkan peristiwa berdarah itu sebagai modal politik bagi menghentam
UMNO. Jelas di sini
bahawa menggunakan nama agama sebagai nama parti mampu mengelirukan malah
menyesatkan, serta memecahbelahkan ummah sehingga membawa kepada pertumpahan
darah.
Namun, tuduhan Karpal terhadap UMNO atau MCA dan MIC sebagai
merbahaya kerana bersifat perkauman tidak dapat dibuktikan. Sebaliknya, UMNO, MCA dan MIC di bawah
satu ‘ikatan’ telah terbukti sebagai agen keamanan yang
berkesan. Kerjasama ketiga-tiga parti berasaskan kaum inilah, yang telah
berjaya mengekang rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 yang dicetuskan oleh DAP,
iaitu parti Karpal Singh sendiri yang kononnya bersifat majmuk.
Justeru, kita melihat tindakan Karpal membangkitkan soal parti
kaum dan agama sebagai membayangkan semangat dan matlamat DAP yang sama dengan
13 Mei 1969.
DAP nampaknya sengaja memainkan sensitiviti orang Melayu dan umat
Islam secara tidak semena-mena dan tanpa sebab. Sedang pada ketika
ini, kewujudan UMNO ataupun PAS langsung tidak mengancam sesiapa sehinggakan
DAP sendiri sanggup bekerjasama dengan PAS untuk merebut kuasa.
Jika PAS begitu merbahaya, tentu DAP tidak berani untuk
bekerjasama dengan parti itu.
Namun, sebaliknya, PAS merupakan rakan sekutu ‘pasif’ di dalam
Pakatan Rakyat. DAP pula
merupakan parti yang dominan dan mampu mengarahkan PAS untuk akur dengan apa
saja kehendak mereka. Mana
mungkin parti yang pasif menjadi merbahaya kepada parti yang dominan?
Tidak lain tidak bukan, DAP sengaja menguji PAS sekadar untuk
melihat sejauh mana setianya parti itu kepada Pakatan Rakyat. DAP juga
ingin menguji sejauh mana bodohnya PAS untuk membiarkan diri dicucuk hidung dan
ditunjal-tunjal kepala. DAP
ingin memastikan bahawa PAS
hanya mampu merungut dan mengecam, itu sahaja. Kini, DAP pasti yang PAS tidak akan
sekali-kali keluar dari pakatan biar apa pun terjadi. Justeru, tidak mustahil, jika DAP
mengarahkan PAS membuang nama ‘Islam’ pada parti mereka, maka lambat laun PAS
akan akur jua.
Secara ringkasnya, memandangkan PAS hanya mengecam kenyataan
Karpal tanpa mengancam untuk keluar pakatan bermakna DAP telah menang lagi
dalam pusingan ini.
Dalam kata lain, PAS telah lulus ujian ketaatan kepada DAP.
No comments:
Post a Comment