Ibarat retak yang menanti belah, Pas jelas terkejut dengan
kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam yang
menggesa agar semua parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum
dan agama di negara ini termasuk Pas perlu dibatalkan pendaftarannya.
Sebelum ini, Karpal dilihat telah berulang kali mempersendakan dan
memperkecil Pas termasuk mencabar parti itu melangkah mayatnya terlebih dahulu
jika berhasrat mahu mewujudkan negara Islam atau melaksanakan hukum hudud.
Menurut Karpal, parti politik dan pertubuhan seumpama itu tidak
sesuai diamalkan di negara ini selain berbahaya dan ia perlu diubah atau
dibatalkan supaya sesuai untuk disertai rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Katanya, sepatutnya parti politik dan pertubuhan profesional berasaskan kaum
dan agama tidak dibenarkan kerana ia sesuatu yang serius.
Namun, apabila diminta menyentuh mengenai sekolah berasaskan kaum
dan pertubuhan-pertubuhan Cina, Karpal enggan mengulas lanjut sambil menegaskan
dia hanya bercakap mengenai parti politik.
Marah dengan kenyataan tersebut, beberapa orang pemimpin tertinggi Pas tampil memberikan kenyataan, bagi membalas kembali serangan hendap ahli parlimen Bukit Gelugor itu.
Sebagai contoh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib semalam
membidas Karpal menyifatkannya tidak berhak sama sekali menyarankan Pas
dibubarkan pendaftarannya. Sebaliknya, Harun membalas balik teguran Karpal itu
dengan mencadangkan agar parti DAP dibubarkan sekiranya merasakan parti perlu
berbuat demikian kerana berasaskan kaum dan agama seperti mana didakwa.
Selain Harun, Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man selaku Ketua pula menganggap kenyataan Karpal sebagai meludah ke langit
kerana menurutnya DAP sendiri dilihat merupakan parti cauvinis Cina, sebagai
serius serta berbahaya.
Selain kumpulan ulama Pas, Mahfuz yang dilihat mewakili kumpulan
Liberal parti itu turut menyatakan bantahan terhadap kenyataan Karpal.
Menurutnya semua jenis parti selagi tidak melanggari perlembagaan negara perlu
diberikan ruang. Sambil menyifatkan ia adalah merupakan satu dari proses
demokrasi.
“Saya memang tidak bersetuju dengan pandangan Karpal” katanya di
lobi parlimen semalam.
Tidak cukup dengan itu, Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk
Takiyuddin Hassan turut menyelar Karpal, kerana sebagai peguam dan ahli politik
senior dia dilihat tidak memahami Perlembagaan dan undang-undang negara yang
membenarkan kebebasan berpersatuan.
"Saya lihat agama Sikh juga ada persatuannya seperti Sikh
Naujawan Sabha Malaysia begitu juga dengan Buddha dengan Dong Zong, semua ini
tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini, jadi tindakan
beliau amat tidak wajar," katanya
Menurut pemerhati politik, serangan hendap Karpal itu sebenarnya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama ia adalah merupakan sikap sebenar Karpal yang jelas ingin menunjukkan bahawa hubungan DAP dengan Pas hanyalah sekadar untuk memenuhi kepentingan politik semata-mata. Mereka sebenarnya langsung tiada persamaan dalam asas perjuangan malah tidak pernah sekata dalam banyak perkara dasar.
Kedua, amat jelas parti ulra DAP semakin terdesak dengan kemelut
dalamannya berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang masih
berpanjangan walaupun ia telah diadakan semula. Ini kerana terdapat ahli-ahli
parti itu yang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana masih
tidak berpuas hati dengan pemilihan semula itu. Jadi, Karpal
seolah-olah mahu mengalih perhatian ramai terhadap masalah dalaman partinya
yang nampaknya tiada kesudahan.
Kesimpulannya, walaupun DAP tidak mengaitkan dirinya dengan
mana-mana kaum, namun umum mengetahui bahawa ia adalah sebuah parti yang
cenderung memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja. Atau dalam bahasa mudah
ia adalah sebuah parti ultra kiasu yang begitu chuvinis.
1 comment:
Begitulah halnya dengan keceluparan yang keluar dari mulut seseorang yang tidak mempunyai kepercayaan atau menganuti apa-apa agama yang berakidah!
Sedih juga apabila manusia yang mengaku diri sebagai ulakmak-ulakmak hanya mengiakan apa-apa yang dikatakan walaupun tiada nas yang membolehkan mereka bersetuju dengan pendapat sedemikian.
Munkin ulakmak-ulakmak itu akan berkata," Mekah dan Madinah telah aku pergi. Haram ka halal semua aku tahu. Engkau apa tahu!"
Post a Comment