Kemelut parti DAP nampaknya menemui jalan buntu kerana kepimpinan
parti enggan mengakui kesalahan sendiri. Langkah yang diambil untuk
menangani masalah yang berlaku pula langsung tidak menyelesaikan apa-apa tetapi
hanya menambahkan lagi kekusutan.
Masalah yang dihadapi DAP sebenarnya bukanlah sukar untuk
difahami. Ia bermula apabila ahli-ahli dan pemimpin bawahan tidak
puas hati kerana pemilihan CEC tidak telus. Apabila masalah
awal ini tidak diatasi, tetapi meneruskannya dengan melantik pula mereka-mereka
yang menang dengan cara kontroversi itu memegang atau mengambil-alih jawatan
orang lain yang dilantik secara demokrasi, maka api yang membara mula merebak
dan menyala.
Inilah yang berlaku di Kedah, di mana Christopher Zairil Lim telah
dilantik menjadi Pengerusi DAP Kedah bagi menggantikan Lee Guan Aik tanpa sebab
musabab yang konkrit. Tiada siapa di dalam DAP Kedah yang rapat dengan
Christopher dan jasanya di dalam parti juga masih belum terbukti. Perlantikan
Christopher adalah sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.
Akibatnya, DAP Kedah kini bergolak dengan perasaan tidak puas hati
dan berang terhadap kepimpinan.
Namun, seperti sebuah parti diktator tulen, kepimpinan DAP bukan
sahaja enggan melayan perasaan mereka ini tetapi menyifatkan mereka
sebagai tidak rasional kerana mempersoalkan keputusan
kepimpinan. Malah, Guan Aik juga dipersalahkan atas alasan
tidak menghalang perlantikan Christopher Zairil sejak dari awal.
Enggan melayan aduan dan rungutan ahli-ahlinya, kepimpinan DAP
bertindak menubuhkan dua jawatankuasa bagi menangani masalah negeri-negeri
secara berasingan. Negeri Kedah, telah diletakkan di bawah
seliaan Tony Pua yang turut bertanggungjawab ke atas Perlis, Pulau Pinang dan
Perak.
Tindakan ini, bagaimanapun dilihat oleh DAP Kedah sebagai bukti
sikap ‘tidak berhemah’ Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agong
parti. Guan dituduh sebagai sengaja mengelak dari berhadapan dengan
masalah yang diciptanya sendiri. Lebih teruk ia juga dilihat
sebagai cubaan Guan Eng untuk menguasai terus pentadbiran peringkat
negeri.
Tidak tahan dengan apa yang berlaku, Guan Aik nekad untuk membawa
permasalahan parti ke ROS Kedah.
Guan Eng nampaknya telah tersilap
perhitungan. Sangkanya, ahli-ahli dan pemimpin bawahan DAP adalah
hamba sahayanya yang akan akur terhadap apa jua keputusannya tanpa banyak
soal. Sangkanya mereka semua boleh dikerah sesuka hati sebagaimana
Maharaja Cina mengarahkan pembinaan tembok besar. Inilah masalahnya
apabila merasakan diri sendiri To’kong.
Strategi Guan Eng untuk menipu orang-orang Melayu di Kedah dengan
melantik Christopher Zairil sebagai Pengerusi nampaknya memakan
diri. Orang-orang Melayu tidak tertipu tetapi orang-orang Cina DAP
pula yang makan hati.
Christopher Zairil bukan seorang Melayu dan semua orang-orang
Melayu Kedah sudah cukup maklum akan perkara ini. Siapa yang akan
lupa bagaimana ibu Christopher Zairil merebut harta peninggalan isteri pertama
bapa tiri Christopher iaitu Tan Sri Khir Johari, di
mahkamah. Christopher hanyalah anak tiri Tan Sri Khir Johari dan
tidak punya setitik pun darah Melayu dan semua orang Kedah sudah tahu perkara
ini.
Kini, strategi licik ini membawa kepada masalah yang lebih besar.
Sekali lagi DAP berkemungkinan berhadapan dengan ROS di peringkat
negeri. Sedangkan, di peringkat pusat juga keadaan nampaknya bakal
membawa ke arah yang sama.
Jelas di sini bahawa Lim Guan Eng bukanlah seorang pemimpin yang
bijak dan jauh sekali seorang pemimpin yang baik. Beliau yang
terlalu angkuh dan bongkak sering membuat keputusan yang salah akibat gemar
menganggap orang lain bodoh. Sedangkan yang bodoh adalah dirinya sendiri
kerana tidak memahami bahawa orang tamak itu selalunya rugi dan orang sombong
itu selalunya dibenci.
Entah bila Guan Eng akan menyedari bahawa satu-satunya cara untuk
menyelesaikan semua masalah partinya ialah dengan mengaku kesalahan sendiri dan
meminta maaf ataupun lebih baik lagi - berhenti.
No comments:
Post a Comment