Keputusan
Pilihanraya N20 Sg Limau sudah pun diketahui umum. Jangkaan PAS mempertahankan
kerusi DUN tersebut telah pun dijangka. PAS memperoleh 12,069 undi manakala BN
memperoleh 10,985 undi. Keputusan ini memperlihatkan majoriti PAS merosot
kepada 1,084 berbanding 2,774 majoriti pada PRU 13 yang lalu.
Walau
bagaimanapun, usaha keras BN menembusi kubu kuat PAS telah menempangkan PAS di
Sg Limau. PAS dan Pakatan Rakyat telah menggunakan seluruh kekuatan jenteranya
untuk mempertahankan DUN Sg Limau. PAS dilihat sangat terdesak sehingga memaksa
mereka mengerahkan jentera pemudanya untuk membuat flash mob motosikal dan
kereta sepanjang hari pengundian. Ini telah menyebabkan kesesakan teruk
sepanjang lebih 15 km di semua peti undi.
Kemerosotan
undi terhadap PAS juga adalah disebabkan penolakan pengundi terhadap kepimpinan
Mahfuz Omar selaku Pengarah Pilihanraya PRK N20 Sg Limau. Mahfuz Omar sangat
dikenali sebagai orang di belakang Dr Phahrolrazi untuk menentang Allahyarham
Tan Sri Azizan suatu ketika dahulu.
Ini
terbukti apabila beberapa Daerah Mengundi yang menjadi tradisi PAS telah
membuat kejutan dengan memilih Dr Sohaimi Lazim. Antara Daerah Mengundi yang
merupakan kubu kuat PAS tetapi telah tumbang kepada BN adalah Daerah Mengundi
Kabu 10, Daerah Mengundi Sungai Limau, Daerah Mengundi Sedaka dan daerah
Mengundi Padang Lumat. Faktor ini didorong oleh perpecahan dalaman PAS selain
kemarahan akibat banyak campur tangan petugas luar negeri Kedah.
Antara
faktor berubah undi juga pastilah sebagai tanda protes dan kemarahan penyokong
PAS terhadap kem Mahfuz Omar dan Phahrolrazi.
Antara faktor lain yang menyebabkan
kemerosotan undi kepada PAS adalah pengundi luar. Pengundi luar yang pulang
mengundi amat rendah. Ini dipengaruhi oleh tarikh hari pengundian yang jatuh
pada hari bekerja. Selain itu, tahap keyakinan yang tinggi terhadap PAS untuk
mengekalkan kemenangan juga mendorong pengundi luar untuk tidak pulang
mengundi.
Menurut penganalisis politik, faktor kecil
pengundi Cina juga telah menjejaskan undi terhadap PAS. Pada PRU 13 yang lalu,
hampir 90% pengundi Cina telah keluar mengundi dan 87% daripadanya telah
memilih PAS. Beliau menambah, pada kali ini hanya 51% pengundi Cina mengambil
keputusan untuk mengundi. Hampir 49% daripadanya telah memilih calon Barisan
Nasional manakala selebihnya memilih calon PAS.
Isu
ekonomi seperti kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan & Perkhidmatan
telah mendorong pengundi Cina kekal mengundi PAS. Kemerosotan jumlah keluar
pengundi Cina adalah disebabkan mereka mula berasa tertipu oleh janji – janji
manis Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim sekaligus mengambil keputusan untuk
tidak keluar mengundi. Inilah adalah tanda protes diam masyarakat Cina terhadap
Pakatan Rakyat dan sekiranya trend ini berterusan maka peluang untuk pengundi
Cina pulang kepada Barisan Nasional sangat tinggi.
Secara moralnya Barisan Nasional telah
berjaya mengubah paradigma pemikiran pengundi di Sg Limau. PAS hanya memenangi
9 Pusat Daerah Mengundi berbanding 13 Pusat Daerah Mengundi pada PRU lalu.
Manakala BN telah meningkat dengan baik apabila memenangi 10 Pusat Daerah
Mengundi daripada 19 Pusat Daerah Mengundi keseluruhan. Kesimpulannya, laungan
Berani Hijrah oleh Barisan Nasional telah menempangkan sokongan PAS di kubu
kuatnya.
No comments:
Post a Comment