1. Kita tertanya-tanya,
apakah satu laporan berbahasa Inggeris di Malaysiakini baru-baru ini yang
bertajuk ‘With Criminals, We Shoot First, Admits Home Minister’ (Dengan
Penjenayah, Kita Tembak Dahulu, Akui Menteri Dalam Negeri) merupakan satu
deklarasi perang olej portal berita itu terhadap Dato’ Seri Zahid
Hamidi?.
2. Antara kandungan
laporan tersebut menyebut ‘Zahid Hamidi indicated in a speech
that it was best to shoot
first and ask questions
later’ (Zahid Hamidi
menyatakan dalam ucapannya bahawa adalah wajar untuk tembak dahulu dan soal kemudian).
3. Bagi menguatkan
ceritanya, Malaysiakini turut menyertakan
pautan video rakaman kenyataan tersebut oleh Zahid Hamidi.
Apa yang pelik ialah video tersebut tidak dapat dilayari.
Lebih pelik lagi, apabila transkrip kenyataan Zahid di dalam
portal berita yang sama melaporkan Menteri itu sebagai berkata “kita dapat
bukti, kita tembak dulu.” (if we get the evidence, we shoot
first). Kenyataan ini
juga dijadikan tajuk bagi laporan yang sama dalam versi Bahasa Malaysia.
Nampaknya, Malaysiakini memang sengaja ingin mengajak Zahid
bermain tembak-tembak.
Sebenarnya, ‘Permainan kotor’ Malaysiakini bukanlah sesuatu yang
asing bagi kita. Kenapa
portal ini harus meletakkan tajuk yang berbeza bagi terjemahan laporan yang
sama, sebenarnya tidak sukar untuk difahami.
Majoriti pembaca bagi artikel berbahasa Inggeris adalah masyarakat
bukan Melayu yang mana menjadi sasaran mudah pembangkang untuk dihasut agar
membenci kerajaan. Manakala, laporan berbahasa Melayu adalah untuk
masyarakat Melayu dan harus kelihatan lebih ‘lembut’ dalam memperkatakan
perihal kerja-kerja polis yang mana majoritinya Melayu juga.
Namun, itu bukan soalnya. Soal
yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah hakikat bahawa mesej yang
disampaikan melalui laporan itu adalah berniat jahat dan berunsur menghasut,
kalaupun tidak jatuh sebagai fitnah.
Ini kerana Ayat 1. ‘kita tembak dulu, soal kemudian’ dengan
2. ‘kita dapat bukti, kita tembak dulu’ amatlah berbeza dari segi
maksudnya. Ayat
pertama yang digunakan oleh Malaysiakini untuk mengulas kenyataan Zahid,
memperlihatkan bagaimana portal itu cuba membentuk imej Zahid sebagai Menteri
yang kejam dan tidak mengikut undang-undang.
Sedangkan, ayat kedua yang mana merupakan transkrip kenyataan
Zahid yang sebenar, membuktikan sebaliknya, di mana beliau menegaskan bahawa
sebarang tindakan polis haruslah berasaskan bukti.
Hakikatnya, Zahid bukan Menteri yang samseng, tetapi tegas. Yang samseng itu adalah mereka yang
membela penjenayah seperti Malaysiakini.
Dan ketegasan Zahidlah yang membuatkan Malaysikini tidak
keruan. Hanya kerana Zahid
telah menegur sikap wartawan portal itu yang gemar memutarbelit, maka portal
itu ingin membalas dendam dengan terus memutarbelit kenyataan Zahid lagi serta
cuba memburukkan imej beliau.
Bagaimanapun, yang mungkin terhasut dan sakit hati dengan Zahid
setelah membaca laporan putarbelit Malaysiakini hanyalah para penjenayah,
samseng, gangster dan kongsi gelap sahaja. Sedangkan rakyat keseluruhannya
bertepuk sorak meraikan ketegasan Menteri itu.
Memandangkan Malaysiakini masih tidak serik-serik memutarbelit
kenyataan Zahid, maka kita sarankan agar Zahid saman sahaja portal berita itu. Apa yang dapat dilihat ialah wartawan
Malaysiakini ini sama saja perangainya dengan DAP iaitu mereka tidak malu
menipu dan terus menipu walaupun telah terkantoi dan terus
terkantoi.
Justeru, bagi memastikan mereka mendapat pengajaran yang setimpal,
eloklah mereka disaman saja atas tuduhan berniat jahat dan menghasut orang
ramai agar bersangka buruk terhadap Menteri dan kerajaan.
1 comment:
DATUK SERI JANGAN TAKUT DENGAN SEMUA TU.JANGAN KASI MALU ORANG JAWA.ORANG JAWA ADALAH ORANG YANG BERANI.KAMI AKAN MENYOKONG DATUK SERI
Post a Comment