Laporan Audit Negara yang baru dibentangkan menerima reaksi yang
kurang menyenangkan dari semua pihak. Ketirisan yang masih berlaku
amatlah dikesalkan. Benar, ia merupakan kes-kes terpencil yang
melibatkan individu secara berasingan tetapi jumlah yang mencecah billion
bukanlah kecil, terutama dalam keadaan ekonomi yang begitu menguji.
Walaubagaimanapun, pendedahan terbuka yang dibuat oleh Ketua Audit
Negara menunjukkan yang kerajaan Malaysia adalah telus dan professional dalam
menangani soal kewangan negara.
Dari sudut lain, ia juga membuktikan yang kerajaan Pakatan Rakyat
pimpinan Anwar Ibrahim adalah tidak telus dan tidak
professional. Ini berikutan ketirisan yang berlaku bukan hanya
melibatkan negeri BN tetapi juga negeri PR, namun Anwar telah memilih untuk
menghentam kerajaan pusat seolah-olah negeri-negeri yang diperintah PR
membentangkan audit yang sempurna dan tiada cacat cela.
Hakikatnya, beberapa laporan ketirisan audit di negeri PR
memperlihatkan penglibatan di peringkat tinggi dan keseluruhan jabatan atau
organisasi. Malah, ketirisan yang berlaku dalam audit tahun lalu
juga masih belum ditangani oleh PR. Antara ketirisan audit di
Selangor sahaja, iaitu negeri yang berada di bawah ‘nasihat’ Anwar ialah:
1. Isu
tanah Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor yang memperlihatkan seolah-olah ada
‘cubaan rampas’ oleh kerajaan negeri untuk dijadikan pusat budaya
Cina.
2. Isu
Talam
3. Isu
KHSB
4. Kutipan
premium tanah yang tidak seimbang
5. Pembinaan
kilang secara haram
6. Penggunaan
tanah tanpa kebenaran
7. Memberi
bonus tiga hingga empat bulan bagi kakitangan Pusat Pelaburan Kerajaan
Selangor selama tiga tahun berturut-turut yang berjumlah RM887,620
dengna menggunakan lebihan perutukan kerajaan.
8. ‘Program
hadiah anak masuk universiti’ yang merekodkan pengurusan yang lemah di mana
seramai 21 penerima telah menerima lebih dari sekali sumbangan manakala ramai
yang menerimanya lewat sehingga lebih tiga tahun dan RM8.23 juta lagi masih
terhutang kepada anak-anak Selangor yang berjaya masuk ke
universiti.
Selain Selangor, Kelantan juga merekodkan penemuan audit yang
mengejutkan antaranya:
1. Anak
syarikat kerajaan Kelantan, Kelstone Sdn Bhd (KSB) yang menerima
konsesi melombong emas di 12 kawasan telah mencatat kerugian terkumpul sebanyak
RM2.7 juta sehingga RM1.54 juta di antara tahun 2009 dan
2011. Syarikat itu mula melombong di dua atau tiga tempat sahaja di
antara tahun 2011 dan 2012 tetapi gagal menemui emas dalam jumlah yang
memuaskan.
2. Indah
Prima Sdn Bhd (SIPSB) diberikan subkontrak untuk meneroka emas di kawasan Sokor
di Tanah Merah pada tahun 2008 tetapi tidak pernah langsung memulakan
kerja-kerja itu.
3. Pembayaran bonus hingga 11.5 bulan gaji anak syarikat Perbadanan
Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ladang Tapis Sdn Bhd (LTSB) pada 2011
sedangkan syarikat tersebut mengalami kerugian
Ini hanya beberapa ketirisan dari dua negeri yang diperintah
PR. Hakikatnya, banyak lagi yang tidak disenaraikan di sini.
Justeru, bukankah lebih baik Anwar menumpukan kepada siasatan
terhadap apa yang terjadi kepada kewangan negeri-negeri PR sebelum membuat
bising mengenai ketirisan yang melibatkan kerajaan BN? Jika 4 negeri
sahaja tidak mampu ‘dibersihkan’, bagaimana Anwar boleh berangan ingin
membersihkan seluruh Malaysia sekiranya PR memerintah?
No comments:
Post a Comment