KL CHRONICLE: #PemilihanUMNO : Letakkan golongan ulama, belatar belakang agama di kedudukan strategik @ustazfathulbari #KLChronicle

Sunday, October 6, 2013

#PemilihanUMNO : Letakkan golongan ulama, belatar belakang agama di kedudukan strategik @ustazfathulbari #KLChronicle



SALAH satu isu yang sering dimainkan oleh Pas adalah di dalam UMNO golongan ulama atau mereka yang berlatar belakang agama terpinggir.



Mereka membuat andaian itu berasaskan kepada jumlah golongan berlatar belakang agama yang ada di dalam parti tersebut, khususnya di kedudukan strategik.

Hakikatnya, ramai berlatar belakang agama dalam UMNO tetapi mereka juga dilihat sering tidak diketengahkan atau mungkin kalau mahu diketengahkan perjalanan itu tersekat di tengah jalan berikutan pemilihan dalam parti.

Berikutan itu, pemilihan UMNO yang akan diadakan pada 12 Oktober dan 19 Oktober dilihat platform terbaik untuk ahli-ahli UMNO memastikan golongan berlatar agama atau bertaraf ustaz atau ustazah terpilih.

Kalau dikaji senarai yang bertanding daripada 260 orang di peringkat Majlis Tertinggi, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO, calon berlatar belakang agama tidak pun sampai 10 orang sedangkan yang hendak diisi adalah 85 kerusi.

Justeru jika golongan berlatar belakang agama ini tidak terpilih atau menduduki kerusi-kerusi tersebut ia sudah pasti akan memberikan sedikit sebanyak persepsi tidak baik kepada UMNO.

Sememangnya, apa yang diperkatakan ini bukanlah bertujuan untuk menyokong mana-mana pihak.

Tetapi kita ingin memastikan UMNO terus melahirkan golongan ulama sehingga mampu menubuhkan majlis ulamanya sendiri. Jangan beranggapan bahawa majlis itu hanya sesuai berada di dalam Pas sahaja.

Sebab itulah usaha perlu dirintis supaya golongan berlatar belakang agama tidak terpinggir dalam pemilihan kali ini.

UMNO bukannya menolak ulama atau mereka yang berlatar belakang agama tetapi jumlah golongan itu terlalu sedikit dalam kedudukan strategik termasuk MT dan exco-exco di peringkat sayap.

Oleh itu pastikan golongan berlatar belakang agama ini tidak sekadar menjadi pembaca doa atau membaca ayat suci al-Quran ketika perhimpunan sahaja.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget