KL CHRONICLE: Kini Karpal Singh Ugut Saman RoS Pulak Dah #KLChronicle

Sunday, October 6, 2013

Kini Karpal Singh Ugut Saman RoS Pulak Dah #KLChronicle

Pengerusi DAP,  Karpal Singh mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) sekiranya badan itu gagal mengiktiraf pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan bulan lalu.

Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata parti mengadakan pemilihan semula CEC seperti diarahkan RoS dan badan itu patut mengiktirafnya.
"Jika RoS terus mengangggu parti selepas pemilihan semula CEC, dengan itu kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka," katanya kepada pemberita di Georgetown, hari ini.
DAP mengadakan pemilihan semula jawatan CEC dalam Kongres Khas parti pada 29 September di Kuala Lumpur selepas diarah berbuat demikian oleh RoS.
Karpal berkata, pemilihan baharu itu sepatutnya diterima oleh RoS kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memuji DAP mengadakannya yang boleh dilihat sebagai petanda parti itu membuat perkara betul.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget