Video diatas menceritakan segala-galanya. Tepukan gemuruh yang diterima Datuk Paduka Mukhriz Mahathir saya lihat sebagai satu "sign" dari perwakilan yang beliau mahukan calon dari Kedah ini sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO. Bagi saya there is no problem for Mukhriz to be the Vice-President. True?
Calon VP , wajar diberi peluang |
Track record MB Kedah ini dalam politik UMNO sangat cemerlang. Teringat lagi semasa tahun 2008 ramai pemimpin politik UMNO yang tumbang tetapi Mukhriz telah berjaya menang di Kerusi Parlimen Jerlun. Ini berlatar belakangkan keadaan politik semasa itu dimana Kedah jatuh ke tangan PAS dan pembangkang sangat kuat. Ini sedikit sebanyak telah mematangkan Mukhirz, menjadi ahli parlimen di negeri yang dikuasai pembangkang.
Selain itu, saya melihat Mukhriz membawa imej anak muda yang refreshing kepada parti. Kita pun penat juga asyik lihat pemimpin-pemimpin lama yang menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden, bagilah pula kepada yang muda-muda. Kita harus ingat bahawa Naib Presiden ini akan suatu hari nanti menjadi Timbalan Presiden dan kemudian Presiden parti. Sudah pasti kita mahu pemimpin yang dapat memberikan fresh ideas bagaimana untuk memperkasakan parti yang kita cintai ini.
As a conclusion, berilah peluang kepada Mukhriz Mahathir untuk menjadi Naib Presiden UMNO, lihat selama satu penggal macam mana beliau memimpin parti, jika bagus alhamdulillah kita teruskan, jika tidak perform kita tukarkan dengan yang lain.
Kepada ALLAH SWT kami berserah
No comments:
Post a Comment