Berdasarkan beberapa pemerhatian dan
perkongsian maklumat yang dikumpulkan sepanjang perjalanan PRK Sungai Limau
ini, dapat dijangkakan Barisan Nasional mempunyai peluang cerah untuk merampas
kerusi tersebut yang sekian lama milik PAS.
Terdapat beberapa faktor yang diberi
perhatian dan jelas ianya berpihak kepada BN termasuklah faktor calon yang
dipertandingkan pada PRK ini.
Pertamanya, calon yang dibawa PAS dalam
PRK kali ini dilihat kurang dikenali berbanding penyandang kerusi ini dahulu,
arwah Tan Sri Azizan.
Ini tidak memberikan kelebihan kepada PAS
berbanding calon BN yang lebih dikenali dan mudah mesra dengan penduduk sekitar
Sungai Limau.
Walaupun difahamkan calon PAS merupakan
anak jati kampung tersebut, tetapi ternyata hasil tinjauan yang dilakukan
wartawan yang berada di lokasi PRK, Ustaz Azam Samat tidak begitu dikenali
penduduk setempat berbanding calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
Penduduk di sekitar kawasn itu juga lebih
berminat untuk mempunyai Adun yang berpendidikan tinggi seperti mantan Adun
Sungai Limau, arwah Ustaz Azizan.
Sudah pasti, pendidikan merupakan antara
faktor penting yang diberi perhatian tidak kira sama ada oleh parti mahupun
rakyat.
Ini kerana, pendidikan dapat menjamin
pentadbiran yang baik dan lebih bermutu untuk memastikan masyarakat setempat
mendapat pembangunan dan kemajuan yang sepatutnya.
Dikatakan juga, beberapa ahli PAS dari
Pusat Daerah Mengundi (PDM) Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga dan Bukti
Choras turut sama menyokong calon yang berpendidikan seperti Ustaz Azizan
dahulu.
Malah, penyokong PAS di Pondok Pak Ya juga
dikatakan menyokong calon BN ekoran Dr Sohaimi merupakan salah seorang bekas
tenaga pengajar di sekolah pondok tersebut.
Ini menunjukkan peluang cerah BN
mendahului hati masyarakat setempat dalam memastikan kerusi Sungai Limau
kembali menjadi milik BN.
Dalam perkembangan yang sama, berdasarkan
rekod yang sedia ada, ahli Umno di Sungai Limau berjumlah 7,833 orang. Namun,
jumlah undi yang diperoleh oleh BN pada PRU13 yang lalu berjumlah 10,540
melebihi jumlah ahli Umno di kawasan tersebut.
Dan dijangka pada PRK kali ini, akan lebih
ramai ahli PAS yang bakal berhijrah menyokong BN dan berdasarkan faktor-faktor
ini dan pemerhatian yang dijalankan, PAS dilihat perlu bekerja keras untuk
berkempen sebelum hari pengundian tiba pada 4 November nanti.
No comments:
Post a Comment