Assalamualaikum,
Artikel ini ditujukan kepada semua perwakilan pemuda UMNO Malaysia yang akan memilih calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda. Objektif utama saya menulis adalah untuk mengingatkan sahabat pemuda saya esok merupakan hari yang sangat penting dimana hala tuju pemuda UMNO akan ditetapkan sekaligus persediaan UMNO untuk menghadapi PRU ke 14. Dari segi calon-calon yang bertanding, cukup ramai pemuda yang bertanding untuk EXCO Pemuda dan ada hampir 4 orang yang bertanding untuk Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Saya berharap rakan-rakan Pemuda jangan lah menjadi pak turut yang hanya mengikut telunjuk cakap Ketua tetapi sebenarnya anda hendak memilih calon lain. Contohnya jika ada ahli pemuda yang hendak memilih Lokman Adam sebagai calon Naib Ketua Pemuda, tapi disuruh pula oleh Ketua Pemuda Bahagian untuk memilih calon lain, saya rasa ini tidak patut lah. Ahli wajar diberi "kuasa" untuk memilih siapa yang mereka mahu! Ini adalah sebab utama kenapa perlembagaan UMNO ditukar sebegitu rupa untuk memperkasakan ahli UMNO untuk memilih pucuk pimpinan Parti.
Saya pun sudah dengar ada ura-ura ada Ketua Pemuda Bahagian yang telah memberi "arahan" kepada ahli pemuda untuk memilih Calon A bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Ini juga sejajar kononnya arahan ini dikeluarkan oleh penyandang Ketua Pemuda UMNO Malaysia dimana sebenarnya Khairy Jamaluddin tidak pernah sekali membuat kenyataan beliau mahu Calon A ini menang. Oleh itu saya menyeru sahabat-sahabat Pemuda untuk buat pilihan sendiri, fikir tentang siapa yang boleh bekerja kerana PRU-14 tidak lama lagi.
Jika UMNO dan BN kalah pada PRU-14, ia akan disebabkan oleh kelemahan kita sendiri yang tidak memilih saf kempimpinan dengan betul. Oleh itu fikirkanlah yang terbaik sebelum memangkah calon untuk esok. Wallahualam.
Kepada ALLAH s.w.t Kami berserah
No comments:
Post a Comment