Cuba bayangkan, bagaimanakah perasaan ibu
dan bapa, apabila anak yang di didik dengan penuh kasih dan sayang secara
tiba-tiba datang memberitahu bahawa dirinya ingin memeluk agama Kristian? Atau
memberitahu keluarga bahawa dia seorang Gay ataupun Lesbian? Apakah mereka akan
dapat menerima dengan hati yang terbuka dan menerima keputusan anaknya itu demi
menghormati hak asasi manusia?
Atau menangis dengan penuh penyesalan
kerana GAGAL memberikan pendidikan agama yang secukupnya
sehinggakan mereka sanggup untuk murtad dan keluar dari Islam. Atau menyesal
dan kembali meletakkan kesalahan kepada pemerintah kerana terlalu mengikut
kehendak dan tuntutan dunia luar.
Namun itulah kemungkinan yang BAKAL terjadi
sekiranya negara ini diperintah oleh mereka yang meletakkan kepentingan kuasa
berbanding tuntutan agama dan kepentingan rakyat. Semua ini tidak MUSTAHIL terjadi,
apabila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah
yang merasakan tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) sebagai TIDAK
MEMBAHAYAKAN NEGARA.
Hebat bukan? Anak kesayangan Anwar
ini SANGGUP menerima tuntutan tersebut hanya kerana mahu
melihat ayahnya ditabalkan sebagai Perdana Menteri satu hari nanti. Hanya
kerana kuasa, mereka tergamak membiarkan agama Islam dihina sedemikian rupa.
Yang paling menghairankan, mengapa sebagai
seorang Islam yang kononnya mempunyai ciri-ciri ‘MUSLIMAH’ Nurul
Izzah sanggup menyokong Comango? Bukankah antara tuntutan NGO tersebut untuk
mempromosikan LGBT? Atau, mungkinkah Nurul Izzah sememangnya sudah lama
mengetahui mengenai ‘selera’ ayahanda tercinta?
Pelik bukan.PKR sebelum ini bermati-matian
mempertahankan ‘kesucian’ Anwar kononnya menjadi mangsa fitnah
yang sebelum ini disabitkan dengan kesalahan meliwat. Tup.. tup.. mereka dengan
rela cuba menyokong NGO yang memperjuangkan Gay.
Rasionalnya sekiranya tuntutan NGO
tersebut diterima, ia secara tidak langsung membenarkan golongan Gay untuk
berkahwin dengan pasangan yang sama jenis, atau dalam bahasa mudah, meliwat
dengan rela bukan lagi merupakan satu kesalahan.
Comango sebelum ini telah membuat
tuntutan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB). NGO tersebut telah menghantar satu laporan berhubung hak asasi manusia
ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Genevayang menyentuh kedudukan Islam
sebagai agama rasmi dan menggesa agar pindaan dalam Perlembagaan negara ini
diubah.
Mereka juga mahu agar setiap warga negara
ini diberikan hak kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing
termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatan undang-undang
atau campur tangan kerajaan.
Tidak cukup dengan itu, NGO tersebut turut menuntut kerajaan menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau‘perkahwinan’ golongan seks sejenis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat.
Di dalam tuntutan laporan yang dikemukakan
itu, Comango turut menampilkan beberapa kes misalnya yang melibatkan
seorang wanita Islam murtad, 'Lina Joy' untuk menunjukkan
kononnya sistem hukuman negara telah membelakangi hak asasi manusia.
Mereka juga turut mempersoalkan kes
tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian dan larangan terhadap
penganut ajaran Syiah. Tambah memeranjatkan pembangunan masjid dan Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dijadikan sebagai bahan kritikan
kononnya Malaysia keterlaluan dalam memajukan Islam sehingga menyebabkan
kaum-kaum lain tidak sampai ke tahap progresif.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera
Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad ketika mengulas mengenai
perkara ini berkata, perancangan seumpama itu sebenarnya mirip dengan
agenda Gene Sharp iaitu satu aliran pemikiran Barat yang
menggunakan cara sedemikian semata-mata mahu meruntuhkan mana-mana kerajaan
sedia ada terutama kerajaan Islam melalui 197 cara.
Menurut beliau, ia merupakan satu agenda tersembunyi
untuk menumbangkan kerajaan dengan mewujudkan persepsi masyarakat antarabangsa
supaya Malaysia dilihat menindas hak golongan tertentu dan kebebasan beragama
termasuk mendiskriminasikan masyarakat bukan Islam.
Kesimpulannya, semua ini terjadi kerana
ramai di kalangan pengundi yang terpedaya dengan pembangkang khususnya Anwar
Ibrahim telah mengundi pakatan mereka dalam pilihanraya yang lalu. Masakan
tidak, mereka menggunakan topeng yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar sehingga ramai yang tertipu.
Natijahnya, tindakan memberikan undi
kepada pembangkang telah berjaya membuatkan Barisan Nasional kehilangan
sokongan 2 per 3 sehingga menyebabkan mereka ini berani untuk bertindak dengan
sewenang-wenangnya.
Tambah menyedihkan, Pas yang kononnya
berjuang atas nama Islam turut rela diperkudakan sehingga terpaksa menggadaikan
hala tuju perjuangan yang dilaungkan selama ini. Walau apa pun diharapkan para
pengundi khususnya di Sungai Limau dapat melihat perkara ini sebelum terlambat.
Ini kerana dengan mengundi Pas di dalam
pilihan raya kecil ini, mereka secara tidak langsung telah menggadaikan akidah
yang terpaksa ditanggung oleh generasi akan datang. Kepada para pengikut Pas,
sedarlah sebelum terlambat.
No comments:
Post a Comment