SUARAM telah sekali lagi
menghantar satu surat kepada Presiden Amerika Syarikat untuk menyangkal
pendapat beliau tentang Malaysia sebagai sebuah Negara model untuk diteladani
yang penuh dengan kepelbagaian, toleransi dan kemajuan.
SUARAM telah menekankan di dalam surat tersebut bahawa terdapat
banyak masalah dan kekurangan di dalam pemerintahan Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat Presiden Amerika itu menukar fikiran
tentang pandangannya. SUARAM telah menyenaraikan perkara seperti sejarah
perkauman, ektrimist di dalam agama, korupsi, penipuan pilihan raya dan
pelbagai lagi aktiviti jenayah yang menjadikan Malaysia tidak layak untuk
mendapat pengiktirafan dunia.
SUARAM juga telah menyatakan bahawa pihak kerajaan Malaysia telah
melakukan kesalahan hak asasi yang serius dengan mewujudkan undang-undang
seperti Akta Hasutan 1948, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan untuk
menekan pelbagai pihak yang membuat protes berkenaan keputusan pilihanraya.
Kebanyakkan protes adalah dikalangan pejuang “hak asasi”, pemimpin pembangkang
dan pemimpin keagamaan dari pelbagai ajaran.
Tambahan lagi, SUARAM telah menunjukkan bahawa kerajaan telah memomokkan orang
bukan Melayu (terutamanya Cina) dalam mengundi pihak pembangkang. Ini juga
termasuk dengan kenyataan Zahid Hamidi berkenaan “tembak penjenayah” turut
ditulis di dalam surat tersebut.
Senarai ini tidak ubah seperti poin-poin yang selalu digunakan pihak
pembangkang untuk menyerang kerajaan atas nama hak asasi. Ini tidak mengejutkan
kerana kebanyakkan pemimpin SUARAM mempunyai jawatan di dalam mana-mana parti
komponen pembangkang.
Rakyat Malaysia percaya Presiden Obama akan melihat surat yang
dihantar oleh SUARAM kepadanya adalah tidak lebih daripada surat orang-orang
yang tidak bersyukur dan kecewa. Ambiga juga pernah menghantar surat kepada
Perdana Menteri Australia dan terhegeh-hegeh mencari simpati Mat Salleh untuk
dating dan mengambil tindakan kepada Perdana Menteri kerana tidak membenarkan
pembangkang menang di dalam pilihanraya yang lepas.
Sejujurnya, golongan Mat Salleh Australia ini lebih pandai dan tahu menilai
daripada puak-puak pembangkang di Malaysia. Pihak kerajaan yang menang tipis
pada pilihanraya yang lalu menunjukkan bahawa negara ini telah mengamalkan
demokrasi setulus mungkin.
Tetapi mengapakah SUARAM menulis kepada kerajaan Amerika bagi pihak rakyat
Malaysia yang telah senang lenang di negara ini tetapi mereka menipu dengan
berkata mereka hidup susah dan terseksa.
Sejak dari kemerdekaan, seluruh rakyat Malaysia faham dan tahu bahawa orang
Cina memegang ekonomi negara. Orang Cina telah mendiskriminasikan kaum dan
bangsa lain dalam semua aspek ekonomi dan aktiviti yang telah menjadi darah
daging mereka ini adalah satu perkara yang telah membarah di dalam negara kita.
Kaum Cina makin lama telah menjadi makin sombong dan menindas, sedangkan kaum
lain pula makin lama makin marah kepada mereka. Emosi ini telah sampai ke
kemuncaknya pada 13 May 1969 dimana pada ketika itulah Hak Bumiputera telah
dimetrai.
Sepanjang perlaksanaannya policy bumiputera ini begitu efektif untuk menangani
jurang ekonomi yang semakin jauh antara kaum. Kaum bumiputera tidak lagi marah
kepada orang Cina dan mereka (orang Cina) boleh terus mengumpul kekayaan.
Menarik juga jika difikirkan bahawa jurucakap SUARAM dan ketua BERSIH adalah
orang India dan bukannya Cina. Sudah jelas bahawa mereka tidak mengambil peduli
tentang kaum mereka sendiri yang telah ditekan dan didiskriminasi oleh orang
Cina di dalam sektor swasta sepertimana orang Cina mendominasi DAP.
Bukannay Presiden Obama tidak tahu bahawa DAP sedang ditekan oleh ahli-ahlinya
kerana mereka menipu dan memanipulasi keputusan pemilihan parti mereka sendiri.
Tiada jumlah signifikan untuk orang India mengundi di dalam parti tersebut. Ini
tidak lagi dengan jahatnya telah melantik seorang Cina untuk mewakili orang Melayu
di dalam parti tersebut.
Ya, memang benar, isu perkauman adalah sesuatu yang amat kontroversi di
Malaysia dan ini boleh dilihat dimana 97% orang Cina telah menolak parti
kerajaan. Malaysia selalunya begitu bertimbang rasa didalam pengagihan kuasa
kepada semua kaum di dalam cabinet agar suara kaum itu boleh didengari.
Kerajaan pemerintah terdiri daripada parti-parti komponen yang diwakili oleh
setiap kaum dan ini telah terbukti kerana formula ini telah berjaya mewujudkan
suasana aman dan stabil di negara ini.
Tetapi, orang Cina tetap mahukan kuasa. Tidak cukup dengan mengawal ekonomi.
Sekarang mereka mahu mengawal segala-galanya. Mereka tidak boleh melakukannya
sekira pihak kerajaan masih lagi melindungi golongan yang kurang bernasib baik,
kaum bumiputera dan orang asli. Ini adalah satu perjuangan yang amat panjang,
perjuangan untuk merapatkan jurang ekonomi. Hakikatnya orang Cina telah menolak
kerajaan, dan akhirnya mereka tidak mempunyai suara untuk mewakili mereka di
dalam kerajaan Malaysia.
Nampaknya pihak kerajaan telah bosan dengan kerenah mereka. Samada
kerajaan perlu tunduk kepada orang Cina ataupun menjaga kepentingan semua kaum
secara adil dan saksama. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, di dalam semangat
muhibbah, jawatan di dalam cabinet telah diberikan kepada kaum-kaum lain
walaupun mereka menolak pihak kerajaan.
Sekarang, orang Cina sedang menggunakan SUARAM/pihak pembangkang, untuk mengadu
kepada Amerika kononya mereka sedang ditekan dan diseksa. Untuk pengetahuan
semua, kerajaan Amerika telah bersusah payah dalam menangani tindakan seperti
menghina, provokasi dan mencerca orang Melayu dan agama Islam oleh remaja Cina
melalui media social mereka. Ia tidak sesah untuk dilihat dan akhirnya ini akan
membawa kepada peristiwa seperti 13 May 1969 semula.
Pihak pembangkang sedang berusaha sedaya upaya untuk memaparkan
wajah Malaysia yang hodoh dengan bantuan SUARAM. Untuk itu, mereka akan terus
mengajak media asing dalam pelbagai bentuk cerita dan gambar berkenaan
demonstrasi “aman” yang mereka akan adakan. Ya, memang benar suara mereka telah
didengari di serata dunia, tetapi mengapa tiada seorang pun antara mereka yang
ditangkap. Apakah kekejaman yang kononya dilakukan oleh pihak kerajaan yang
telah mereka ceritakan?
Fakta bahawa SUARAM telah menipu dan memfitnah pihak kerajaan dan Perdana
Menteri Malaysia dengan pelbagai cerita bohong, masih lagi bebas untuk
melakukan apa sahaja. Ini menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang
toleran. Cuma, apa yang perlu kita tanyakan kepada SUARAM, adakah benar mereka
memperjuangkan hak asasi manusia, ataupun mereka memperjuangkan matlamat
pembangkang di Malaysia?
No comments:
Post a Comment