KL CHRONICLE: JIka Benar Sayangkan Ustaz Azizan, Undilah UMNO, Jangan Benarkan Parasit Dalam PAS Menang #KLChronicle

Thursday, October 24, 2013

JIka Benar Sayangkan Ustaz Azizan, Undilah UMNO, Jangan Benarkan Parasit Dalam PAS Menang #KLChronicle

Allahyarham pemimpin yang sangat dihormati
Allahyarham Tan Sri Azizan Razak adalah satu nama besar bagi umat Islam di Malaysia. Ketika hayatnya, arwah dianggap sebagai jambatan perpaduan antara PAS-UMNO.  Beliau tidak meletakkan sempadan parti dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin negeri dan tidak kekok duduk bersama ‘musuh’ berbincang, meminta pendapat mahupun nasihat. 



Allahyarham dihina oleh pemimpin PAS Khalid Mohd Ismath

Namun, sudah menjadi tugas iblis untuk menghalang perpaduan ummah.  Justeru, walaupun arwah tidak memusuhi sesiapa, ramai sekali yang merasa marah dan memusuhinya bimbang kalau-kalau arwah mampu menyatukan ummah.

UMNO bagaimanapun, menyanjungi pendirian arwah.  Oleh itu, pemimpin UMNO, termasuklah pengganti arwah sebagai Menteri Besar Kedah, iaitu Dato’ Mukhriz Mahathir, tidak pernah menyembunyikan rasa hormat terhadap arwah.   Dato’ Mukhriz begitu kerap melawat arwah di hospital ketika sakit di kala pemimpin PAS sendiri hampir melupakannya. 

Lagi kenyataan menghina ustaz azizan dari Pemimpin PAS

Rakyat Kedah sedia maklum bahawa terdapat beberapa pemimpin PAS Kedah yang tidak segan silu menyerlahkan permusuhan dengan arwah.  Kisah-kisah bahawa arwah telah disihir pemimpin PAS Kedah sendiri bukan sesuatu yang asing lagi.  Sama ada benar atau tidak, tidak dapat untuk dibuktikan. 

Bagaimanapun, satu insiden yang tidak dapat dilupakan ialah apabila salah seorang pemimpin PAS yang memusuhi arwah terlepas cakap di hadapan tetamu rumah terbuka Hari Rayanya bahawa arwah pasti mati pada malam itu juga.  Serentak dengan itu, arwah jatuh sakit di kediamannya dan tidak dapat menghadiri rumah terbuka Menteri Besar yang dijadualkan keesokannya. 


Namun, ajal maut di tangan Allah SWT.  Arwah kembali pulih dan melalui satu lagi pilihanraya sebelum kembali tenat.  Laporan dari hospital menyatakan yang apa yang menimpa arwah bagaikan satu keajaiban kerana arwah bertahan begitu lama melepasi jangkaan doktor berdasarkan keadaan dalaman tubuhnya. 

Pendirian arwah yang tegas dan secara terbuka menentang Syiah selain ‘kurang mesra’ PKR dan DAP, cukup meresahkan Pakatan Rakyat.  

Oleh itu, sekiranya pengundi Sungai Limau mempunyai akses kepada maklumat di alam siber, mereka pasti terkejut melihat tulisan berkenaan arwah di blog-blog politik yang bersifat ‘terbalik’.  Blog-blog pro-pembangkang sering mengkritik atau mempersoal pendirian arwah yang ‘mesra’ UMNO.   

Kenyataan YAB Perdana Menteri
Berbeza dengan blog pro-UMNO yang hanya mengkritik tindakan kerajaan negeri Kedah yang dilihat tidak menguntungkan, tetapi lebih menyasarkan kritikan itu kepada ‘orang-orang di sekeliling arwah’ berbanding dirinya.  Namun, UMNO sentiasa mengiktiraf keperibadian arwah yang berprinsip dan jujur. 

Ketika arwah sakit, blog-blog pro-UMNO banyak mendoakan kesihatannya, manakala blog pro-pembangkang pula ada yang langsung tidak sensitif serta mempersendakan arwah.   

Malah, dari catatan Setiausaha Politik arwah sendiri, didapati puak-puak PAS yang memusuhi arwah masih terus menghantar SMS memaki hamunnya ketika arwah sedang tenat. 

Kita tidak hairan dengan apa yang berlaku kerana kita tahu terdapat lebih dari seorang di dalam PAS Kedah yang mengimpikan jawatan arwah.  Mereka ini juga kebanyakannya tidak langsung menyembunyikan permusuhan dengan arwah.  Antaranya, Phahrolrazi, Mahfudz dan Mat Sabu. 

Sungguh menjelikkan apabila nama-nama ini berpura-pura sedih atas pemergian arwah.  Sungguh jijik sekali apabila mereka juga tidak segan silu menggunakan nama dan gambar arwah untuk berkempen di Sungai Limau hari ini.  Lebih dahsyat lagi, calon yang diletakkan, iaitu Azam Samad juga merupakan dari kem Mahfudz yang memusuhi arwah tetapi dicanang sebagai ‘pewaris Azizan’. 

Hakikatnya, di antara PAS dengan UMNO, UMNO dilihat lebih menyayangi arwah, terutama ketika sakit.  Malah, Dato’ Mukhriz adalah antara yang pertama menziarah iaitu dalam masa lima belas minit, apabila berita pemergian arwah diterima.  Beliau dan bapanya, negarawan ulung Tun Mahathir serta Tun Siti Hasmah juga telah menghadiri pengebumian sehingga selesai. 

Kasih sayang mereka terhadap arwah cukup jelas, berbanding kasih sayang PAS yang berpura-pura dan bermusim.  Tun Mahathir dan Dato’ Mukhriz telah menahan sindiran dan herdikan penyokong PAS ketika proses pengebumian, tetapi mereka tidak peduli kerana kehadiran mereka adalah untuk menghormati Dato’ Seri Azizan untuk kali terakhir dan bukan untuk berpolitik iaitu satu pendirian yang pastinya turut dikongsi oleh arwah. 

Jelas, Allahyarham Ustaz Azizan meletakkan perpaduan ummah mengatasi segala-galanya.  Dan pendirian beliau diterima baik oleh UMNO tetapi dikecam dan ditolak mentah-mentah oleh PAS.  Justeru, tidak hairanlah arwah dilihat lebih selesa dikelilingi UMNO yang mengkritik beberapa tindakannya, berbanding PAS yang memusuhinya kerana masing-masing tergilakan kuasa. 

Oleh itu, tindakan PAS meletakkan proksi Mahfudz Omar yang menentang pendirian Ustaz Azizan, dan dicanang pula sebagai pewarisnya, merupakan satu tindakan biadap yang jelas tidak menghormati atau sengaja mempersendakan arwah. 

Kesimpulannya, semangat perpaduan Allahyarham Ustaz Azizan ada dalam UMNO, bukan PAS. 

Cita-cita arwah untuk membangunkan Sungai Limau hanya boleh dicapai melalui UMNO, bukan PAS. 

Yang banyak membela arwah ketika sakit adalah pihak UMNO, bukan PAS. 

Justeru, sekiranya pengundi Sungai Limau benar-benar sayangkan Allahyarham, undilah UMNO agar cita-citanya tercapai dan semangatnya terus hidup dan mekar. 

Alfatihah untuk Allahyarham dan takziah untuk keluarganya.  Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget