KL CHRONICLE: Tahniah Video Kedua @LokmanAdam Mula Disebarkan Di @Youtube #KLChronicle #Merdeka56 #1Malaysia #NKPUM #LOKMAN4NKP

Tuesday, September 3, 2013

Tahniah Video Kedua @LokmanAdam Mula Disebarkan Di @Youtube #KLChronicle #Merdeka56 #1Malaysia #NKPUM #LOKMAN4NKP



Video di atas merupakan video kedua Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Saudara Lokman Adam yang telah di upload di Youtube. Penulis melihat ini adalah satu perkembangan yang bagus dimana Saudara Lokman antara yang "take the initiative" untuk engage bersama anak muda. Kita semua tahu, untuk berinteraksi bersama anak muda medium yang paling pantas adalah melalui media baru dan pendekatan yang diambil saudara Lokman adalah sangat tepat.


Jika dilihat video kedua ini, ia menceritakan sedikit sebanyak latar belakang calon NKPUM ini. Pada permulaan video, kelebihan saudara Lokman mula diketengahkan iaitu:

  1. Beliau telah terlibat dengan aktif dalam politik seawal usia 15 tahun iaitu pada tahun 1988.
  2. Beliau dipilih oleh akar umbi sebagai ketua pemuda cawangan Taman Kluang Johor pada umur 18 tahun (1991)
  3. Setiausaha Majlis Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO Malaysia pada umur 23 tahun (1996)
  4. AJK Majlis Pembangunan Luar Bandar pada umur 23 tahun (1996)
  5. AJK Majlis Sains dan Teknologi Pemuda UMNO Malaysia pada umur 23 tahun (199
Dengan penglibatan yang begitu lama dalam suasana politik negara dari seawal usia 15 tahun saudara lokman telah membuktikan credibility beliau sebagai pemimpin di akar umbi. Bermula dari bawah sebagai ketua pemuda cawangan sehingga ke EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan insyallah kali ini menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. 

Saya yakin,ramai diantara kita yang kini mempunyai jawatan seperti Ketua Pemuda Cawangan, Bahagian, Exco dan sebagainya juga ingin suatu hari nanti bertanding untuk jawatan NKP ataupun KP UMNO. Oleh itu, marilah kita sama-sama menghargai pemimpin akar umbi dan buktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa UMNO amnya, dan pemuda UMNO khususnya menghargai pemimpin akar umbi seperti Lokman.

Kepada ALLAH Swt Kami Berserah

1 comment:

Anonymous said...

Pewakilan Pemuda semua sokong LA.... in shaa Allah...

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget