KL CHRONICLE: @LokmanAdam : APA RASIONALNYA BAKAL PEMIMPIN DIPAKSA BEREBUT? #KLChronicle

Thursday, September 19, 2013

@LokmanAdam : APA RASIONALNYA BAKAL PEMIMPIN DIPAKSA BEREBUT? #KLChronicle


Dua hari lagi, dunia akan melihat bertapa hodohnya perangai bakal pemimpin UMNO di kaca televisyen atau setidak-tidaknya di ruang siber.  Ini berikutan keputusan pihak pengurusan parti yang memutuskan bahawa nombor calon akan diberikan berdasarkan siapa serah borang pencalonan dahulu.


Adalah sangat menghairankan dan sukar difahami kenapa keputusan sebegini rupa boleh dibuat.  Tidak masuk akal sama sekali, pihak pengurusan atau jawatankuasa pemilihan parti tidak boleh menjangka apa yg bakal berlaku tatkala kaunter pendaftaran pencalonan dibuka jam 8.00 pagi 21hb September ini.  Saya menjangkakan, ramai yang akan sampai seawal jam 7.00 pagi dan semuanya akan berebut sebaik sahaja kaunter penyerahan borang pencalonan dibuka.  Peristiwa ini sudah pasti akan dirakam oleh media masa
dan para blogger, baik dari penyokong kita mahupun pembangkang.

Saya merayu kepada pucuk pimpinan parti agar dapat mempertimbangkan semula keputusan ini.  Apa salahnya kita buat pembuangan undi bagi menentukan nombor calon demi memastikan nama baik parti tidak dicemar dengan gelagat yang pasti mengaibkan.

Di atas adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia saudara Lokman Noor Adam berkaitan isu pihak pengurusan parti yang memutuskan bahawa nombor calon akan diberikan berdasarkan siapa serah borang pencalonan dahulu. Penulis bersetuju dengan pandangan saudara Lokman dan juga pendapat beliau on ways to improve this mechanism. 

Kenyataan Lokman mendapat sokongan ahli akar umbi

Besides that, kenyataan saudara Lokman juga mendapat sokongan dari ramai ahli - ahli akar umbi. Ini dapat dilihat dari akaun facebook beliau dimana kenyataan beliau telah mendapat hampir 61 "Like" dan ramai sokong dengan kenyataan Lokman ini. Saya berharap pihak pengurusan UMNO dengarlah suara ahli UMNO supaya tidak timbul huru hara semasa hari penyampaian borang nanti.



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget