Post "Botox" treatment? |
Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudara @anwaribrahim kerana telah mengesahkan bahawa tidak pernah wujud "Projek IC" di Sabah. "Project IC" yang dijadikan pihak pembangkang terutamanya pihak DAP terbukti satu pembohongan dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
Penulis ingin memetik kenyataan Saudara Anwar Ibrahim sebentar tadi yang berkata:
Anwar juga berkata, beliau tidak pernah mendengar mengenai Projek IC ketika berada dalam Kabinet dari 1982 hingga 1998.
"Hatta semasa menjadi pemangku perdana menteri selama dua bulan, saya tidak pernah diberi penerangan oleh Ketua Pengarah MKN atau diminta menandatangani apa-apa fail berkaitan dengan MKN," katanya dan turut memberitahu, Projek IC tidak pernah dibawa kepada Kabinet.
Kenyataan Anwar Ibrahim ini sekaligus membuktikan kerajaan BN dan UMNO khususnya tidak pernah terlibat langsung dalam propaganda project IC ini. Jika betul lah ada project IC, takkan lah Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri dan juga Pemangku Perdana Menteri (Juga Menteri Kewangan dan Dalam Negeri) tidak tahu perkara ini. Jika ya memang Anwar Ibrahim langsung tidak bertanggungjawab dan tidak cekap mentadbir negara.
No comments:
Post a Comment