Kemenangan kerajaan dalam permohonannya menolak rayuan pihak Gereja Katholik untuk mengenepikan permohonan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu kalimah Allah disambut umat Islam dengan penuh kesyukuran dan kelegaan.
Keputusan Mahkamah Rayuan 22 Ogos lalu di Putrajaya bermakna perbicaraan penuh akan berlangsung mulai 10 September depan.
Perjuangan masih belum selesai dalam mempertahan kesucian kalimah Allah yang kini direbut oleh puak-puak Kristian untuk digunakan sebagai terjemahan istilah 'God' di dalam kitab Injil berbahasa Melayu yang dipanggil 'Al Kitab'.
Isunya tidaklah berbelit-belit seperti mana yang cuba digambarkan oleh pihak Kristian.
Mereka menggunakan alasan bahawa penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sudahpun dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam amalan keagamaan mereka sejak puluhan tahun dulu.
Mereka juga menggunakan alasan bahasa kalimah Allah juga sudah menjadi sebati dengan budaya orang Arab Kristian sejak ratusan tahun dahulu.
Kedua-dua fakta tersebut memang tidak boleh di nafikan kerana itulah keadaannya di negara-negara Arab yang mempunyai populasi Kristian dan begitu juga di Sabah dan Sarawak sebelum kedua negeri tersebut menganggotai Persekutuan Malaysia pada 1963.
Bagaimanapun kedua-dua alasan tersebut tidak boleh digunakan sebagai hujah untuk menegakkan benang yang basah oleh pihak gereja.
Apatah lagi di dalam Perlembagaan Persekutuan sudah dinyatakan dengan terang lagi jelas bahawa Islam adalah agama persekutuan atau agama negara sepertimana yang termaktub di dalam Artikel 3(1).
Ini bermakna Islam adalah satu-satu agama negara yang diakui oleh Perlembagaan sebagai bukan sahaja mempunyai status rasmi tetapi juga ia adalah agama yang dilindungi statusnya di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Walaupun Perlembagaan membenarkan agama-agama lain diamalkan secara bebas tetapi hanya agama Islam sahaja yang mempunyai kedudukan istimewa yang merangkumi perindungan terhadap kemuliaan, pengembangan, penyebaran serta perundanganya.
Kerajaan bertanggungjawab melindungi Islam di negara ini dalam apa jua keadaan dan mengambil apa jua bentuk tindakan agar ia tidak terancam, tergugat atau tercemar oleh mana-mana pihak terpihak agama-agama lain.
Usaha pihak Kristian untuk mengguna kalimah Allah di dalam kitab agama mereka boleh dianggap sebagai satu ancaman kepada Islam.
Oleh kerana itu kerajaan dengan kuasa pemerintahan yang dimilikinya perlu mengambil segala usaha di dalam kerangka perundangan negara supaya ancaman ini dapat dipatahkan.
Umum tahu isu kalimah Allah ini telah dipolitikkan oleh pihak gereja yang menyokong pembangkang secara terangan semasa Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.
Anwar Ibrahim yang meneraju pakatan pembangkang telah menegaskan bahawa adalah menjadi dasar mereka untuk membenarkan Gereja Katholik mengguna kalimah itu jika berkuasa.
Sebab itulah pihak gereja begitu yakin dan teruja dengan jaminan Anwar sampaikan sokongan diberikan oleh gerakan Kristian di Jerusalem.
Ini membuktikan apa yang diperjuangkan oleh gereja di negara ini bukan sekadar isu kalimah Allah tetapi ia hanya menjadi batu loncatan kepada suatu agenda yang lebih besar dan menakutkan.
Tujuan Kristian ialah menukar Malaysia kepada sebuah sistem pemerintahan berlandaskan republik seperti di Singapura di mana Kristian pula akan menjadi agama rasmi di Tanah Melayu ini.
Sudah banyak bukti yang menunjukkan usaha Kristian menjurus kepada agenda itu dan mereka akan memastikan ia mendapat sokongan antarabangsa.
Kenyataan Duta Vatican, Joseph Marino yang menyokong secara terbuka penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini sudah menjadi bukti kukuh bahawa gereja akan mengguna pengaruh gerakan Kristian antarabangsa untuk menyerang Malaysia.
Dap juga memainkan peranan penting dalam gerakan Kristianisasi kerana sebahagian besar pucuk pimpinannya adalah beragama Kristian.
Malah jika diperhati senarai nama-nama di dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat Dap, dua pertiganya adalah daripada kalangan Cina Kristian.
Kejayaan Dap memenangi jumlah kerusi pembangkang di Parlimen sebanyak 38 buah, memberi lonjakan semangat kepada parti itu untuk mengadakan kesepakatan dengan pihak gereja.
Gerakan Kristianisasi bukan sahaja didalangi oleh pihak gereja tetapi juga diperkukuhkan dengan gadingan politik daripada Dap serta jaminan dari Anwar.
ends
2 comments:
Apa nak jadi la...
Pakatan tiga dlm satu, katanya satu tp ada tiga. Tiga sebenarnya satu.
Post a Comment