KL CHRONICLE: Kenapa Ambiga Tidak Suruh #BERSIH Pantau Pemilihan Semula CEC DAP? #KLChronicle

Monday, August 19, 2013

Kenapa Ambiga Tidak Suruh #BERSIH Pantau Pemilihan Semula CEC DAP? #KLChronicle


Akhirnya DAP terpaksa mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sepertimana yang diarahkan oleh ROS.  Keputusan ini agak mengejutkan memandangkan Mesyuarat Tergempar parti itu Isnin lalu baru sahaja memutuskan bahawa pemilihan semula bukanlah satu opsyen.   Dalam kenyataan media selepas mesyuarat tersebut, Lim Guan Eng telah mempamerkan sikap kiasu-bodoh dengan memberi syarat pula kepada ROS agar mengemukakan fakta tentang kenapa pemilihan semula perlu diadakan. 



Akibatnya, tindakan Guan Eng untuk terus menerus berdolak dalih menyebabkan kredibiliti beliau dan juga DAP hancur lebur.  Beliau yang sebelum ini dikecam kerana tidak tahu mengira, diejek pula sebagai pengecut.  Keengganan beliau mengadakan pemilihan semula membuktikan bahawa Guan Eng seorang rasis dan penipu apabila dengan sengaja menafikan hak wakil India untuk memilih. 

Mungkin menyedari keadaan semakin buruk bagi DAP, maka parti itu bermesyuarat sekali lagi semalam dan memutuskan untuk akur dengan arahan ROS. 

Memandangkan DAP telah pun mempunyai rekod menipu yang cukup ‘mengagumkan’, maka kita wajar menerima keputusan DAP dengan dengan penuh hati-hati.   

Justeru, kita menunggu Ambiga yang amat ‘obses’ dengan ‘kebersihan sistem pengundian’, untuk menggerakkan BERSIH sebagai pemantau bagi pemilihan semula CEC DAP.   Kita tidak mahu DAP sekali lagi membelakangkan wakil-wakil dari kaum Ambiga sendiri dalam menjalankan hak mereka sebagai ahli parti.   

Malangnya, Ambiga nampaknya langsung tidak prihatin dengan nasib kaumnya yang dipinggirkan oleh DAP melalui pemilihan parti paling kotor dalam sejarah.   Mungkin Ambiga tidak lagi mempunyai semangat keIndiaan yang tinggi kerana turut percaya kepada kesamarataan total yang membawa erti Ketuanan Cina di Malaysia.   

Jelaslah Ambiga sendiri begitu kotor kerana hanya berminat untuk ‘mencari fasal’ dengan kerajaan, dan bukannya berminat untuk membersihkan apa-apa. 

Kaum India dan juga Melayu di dalam DAP tidak wajar memberi peluang kepada pemimpin mereka memijak dan memperbodohkan mereka sekali lagi.  Mereka perlu memikirkan sesuatu bagi memastikan pemilihan semula ini dijalankan dengan bersih dan supaya tiada siapapun yang dinafikan hak untuk memilih. 

Selain itu, mereka juga perlu memastikan komputer berada dalam keadaan baik dan para pengendalinya benar-benar tahu menggunakannya.  Kita tidak mahu ada lagi alasan komputer tersalah kira atau petugas tidak tahu mengira. 

Namun, kita sedia maklum bahawa untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan adil, kaum India dan Melayu di dalam DAP memerlukan lebih daripada pemantau dan sistem pemantau.   Apabila berhadapan dengan kepimpinan yang samseng seperti Guan Eng, ahli-ahli DAP memerlukan kekuatan untuk menahan ‘kilasan tangan’ dan juga kekuatan untuk ‘menolak tawaran’.   

Ingatlah bahawa Guan Eng telah terkenal sebagai seorang penipu dan seorang penipu yang tidak pernah mengaku menipu hanya akan membesarkan lagi penipuannya.    Ertinya, bagi menutup penipuan dalam pemilihan CEC yang lalu, Guan Eng perlu memastikan keputusan pengundian semula tidak jauh berbeza dengan sebelumnya. 

Oleh itu, jika Guan Eng boleh menetapkan keputusan bagi pemilihan lalu, apakah jaminan yang beliau tidak menetapkan keputusan bagi pemilihan semula juga?   Bayangkan sajalah apa yang seorang samseng merangkap penipu sanggup lakukan untuk menjustifikasi penipuannya…

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget