KL CHRONICLE: Kini Shafie Apdal Umum Akan Pertahankan Jawatan Naib Presiden #KLChronicle

Sunday, July 21, 2013

Kini Shafie Apdal Umum Akan Pertahankan Jawatan Naib Presiden #KLChronicle

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhasrat mempertahan jawatan yang dimenanginya pada pemilihan parti itu dua tahun lalu.Ketua Umno bahagian Semporna itu membuat keputusan berkenaan kerana merasakan dirinya masih mampu memberi khidmat, selain mahu memperkuatkan parti.




"Jika ahli Umno tidak keberatan, saya ingin menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan. Saya bukan nak rebut jawatan sesiapapun, cuma nak pertahankan.

"Tidak kisahlah nombor berapapun asalkan naib presiden," katanya kepada pemberita pada majlis 'Ihya Ramadan dan Berbuka Puasa' bersama penduduk Kampung Tengas di Masjid Al-Falah kampung itu di Serdang, petang semalam.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir serta anggota Exco Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dan Datin Norsabrina Mohd Nor.

Mohd Shafie yakin sumbangannya sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selama lima tahun meningkatkan prestasi kawasan luar bandar, selain mampu melaksanakan banyak lagi usaha untuk masyarakat luar bandar. - Bernama, 21 Julai, 2013.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget