KL CHRONICLE: @tonypua Lupa Ada Dua Pilihan Exco - @KhalidSamad #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13

Monday, May 20, 2013

@tonypua Lupa Ada Dua Pilihan Exco - @KhalidSamad #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13


Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua terlupa bahawa terdapat dua pilihan dalam isu senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hingga menimbulkan salah faham.


Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Selangor pada Khamis lalu mengesyorkan dua pilihan mengenai senarai nama Exco untuk di hantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Salah satu pilihan itu menyenaraikan lima Exco daripada calon Melayu dan lima daripada calon bukan Melayu, kata Khalid dipetik dari Sinar Harian Online hari ini.
Beliau menjelaskan pilihan yang menjadi pilihan baginda mungkin daripada enam calon Melayu dan empat calon bukan Melayu di mana PAS mendapat empat tempat di dalam Exco Selangor.
“Saya rasa Tony Pua lupa dengan keputusan yang kita buat dalam mesyuarat itu,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.
Menurut Khalid, tiada keputusan dicapai dalam mesyuarat itu kerana kuasa penentu berada di tangan Sultan Selangor dan diyakini bahawa senarai itu sudah pun sampai di istana.
“Apa yang lebih penting ialah kita tidak bergaduh dalam perkara ini.  Tidak berapa elok kerana ia memberi gambaran seolah-olah kita berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan,” kata Khalid.
Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat negeri Selangor telah memutuskan dua pelan atau pilihan untuk pelantikan barisan Exco negeri itu.
Antaranya lima calon Melayu dan lima calon bukan Melayu; di mana tiga tempat calon Melayu adalah daripada PAS, dua tempat daripada calon Melayu PKR dan empat tempat untuk DAP bagi calon bukan Melayu serta satu tempat bukan Melayu dari PKR.
Manakala pelan yang kedua ialah nisbah enam calon Melayu dan empat calon bukan Melayu; di mana empat tempat calon Melayu dimiliki oleh PAS, dua daripada calon Melayu PKR manakala untuk bukan Melayu pula, tiga dari DAP dan satu dari PKR.
Semalam FMT melaporkan, DAP mempertikai kenyataan Menteri Besar bahawa parti itu akan diberi tiga kerusi exco dan satu kerusi Speaker dalam pentadbiran negeri.
Sambil merujuk kepada mesyuarat parti-parti komponen Pakatan Rakyat Khamis lalu, Pua berkata persetujuan yang dicapai ialah untuk DAP mendapat empat kerusi exco, PAS tiga dan kerusi Speaker manakala PKR diberi tiga kerusi exco dan jawatan Menteri Besar.
Ketika di Pelabuhan Klang malam semalam, Abdul Khalid mengumumkan barisan Exco akan diwakili empat calon daripada PAS dan masing-masing tiga daripada DAP dan PKR.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget