KL CHRONICLE: Pasca #PRU13 : Oh Brother @anwaribrahim Mana Laporan Polis Tentang Pengundi Hantu & Bangla? @PDRMsia #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13

Thursday, May 30, 2013

Pasca #PRU13 : Oh Brother @anwaribrahim Mana Laporan Polis Tentang Pengundi Hantu & Bangla? @PDRMsia #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13

Setelah beberapa minggu PRU berlalu, Anwar Ibrahim masih lagi menyanyikan lagu SPR penipu.  Biarpun sekutu dan orang-orangnya sendiri sudah mendiamkan diri, namun Anwar masih tidak dapat berhenti menyanyi dan berbuat konsert di sana sini untuk menghiburkan anak-anak muda tak sedar diri.  



Kata Anwar, SPR penipu kerana dakwat tak kekal dan SPR telah pun memberi jawapan yang panjang lebar mengenai perkara tersebut.   Justeru, benar ada kes dakwat tidak kekal, tetapi itu bukan satu bukti penipuan, hanya bukti kelemahan.   

Jika Anwar ingin mendakwa SPR menipu, beliau harus melaporkan perlakuan tersebut secara spesifik, contohnya mengundi dua kali kerana dakwat dijari telah hilang selepas dibasuh, dan bukan sekadar melaporkan dakwat hilang selepas dibasuh. 

Masalahnya, walaupun sudah berminggu berlalu, Anwar tidak mampu mencari walau satu kes sebegitu untuk dilaporkan.   

Samalah juga dengan tuduhan beliau mengenai pengundi hantu.  Sehingga kini, tiada satupun laporan mengenai pengundi hantu.  Jangankan senarai nama mereka, tetapi satu nama pun tidak ada.   Yang ada hanyalah satu demi satu pembongkaran mengenai salah-tuduh dan penipuan oleh pihak Anwar sendiri.  

Antaranya, Chua Lai Fatt iaitu warga Malaysia keturunan India yang menjadi anak angkat kepada keluarga Cina yang dituduh PR sebagai pengundi hantu.  Kemudiannya, kisah sekeluarga yang dituduh pengundi hantu lalu terjadi ‘perang mulut’ sehingga kenalan dan jiran mereka mengesahkan kedudukan sebenar.  Ada juga kes di mana warga Indonesia dibayar oleh puak PR agar berlakon sebagai pengundi hantu tetapi kemudiannya kantoi apabila mereka sendiri mengaku menerima bayaran dari PR.   

Tidak lupa juga sebuah bas yang kononnya membawa pengundi hantu BN siap membawa bendera BN yang entah kenapa melalui kawasan yang dipenuhi penyokong PR tetapi kemudiannya didedahkan sebagai sengaja diada-adakan oleh PR sendiri.   

Dan paling terbaru gambar salah seorang yang dikatakan pengundi hantu dan diedarkan di Facebook oleh puak PR, akhirnya kantoi apabila gambar lamanya bersama Bhawani dan Ambiga terdedah.  

Oleh itu, inilah disarankan kepada pihak SPR iaitu daripada melayan Anwar Ibrahim menuduh itu dan ini tanpa membuat laporan jelas, adalah lebih baik pihak SPR sendiri yang membuat laporan terhadap Anwar dan Ambiga kerana menipu.   Dengan cara ini sahaja maka Anwar akan terpaksa mendedahkan senarai nama-nama pengundi hantu yang dikatakannya.  

Jika Anwar punya maklumat terperinci mengenai jumlah dan cara kemasukan mereka yang dikatakan pengundi hantu sebelum ini, maka tidak mungkin Anwar tidak mempunyai meklumat mengenai nama mereka, tempat mereka mengundi dan siapa yang mereka undi dalam PRU yang lalu.  

Lebih penting, di manakah mereka sekarang?  Apakah mereka telah dihantar pulang atau terus menjadi warganegara Malaysia?  

Seharusnya, inilah yang ditanya oleh peserta-peserta Himpunan 505 setiap kali Anwar berucap di pentas.   Tidakkah mereka sendiri tertanya-tanya akan perkara ini?   Bagaimana mereka boleh berhimpun tanpa penjelasan yang pasti tentang kenapa mereka berada di situ?   Bagaimana seseorang itu sanggup berhimpun atas alasan menentang penipuan tanpa dapat menjelaskan penipuan apa, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana ia berlaku? 

Maka jelaslah sudah bahawa peserta-peserta Himpunan 505 sememangnya terdiri dari manusia-manusia yang tidak tahu berfikir.  Dan hanya manusia-manusia beginilah yang menjadi pengikut Anwar Ibrahim dulu kini dan selamanya.  

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget