Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Seputeh Saudara @Razlanrafii #PRU13
Bismillahirrahmanirrahmim,
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,
Alhamdulillah semalam, tanggal 6
May 2013 merupakan detik bersejarah bagi parti United Malays National
Organization (UMNO) setelah berjaya memenangi sebanyak 109 kerusi Parlimen dari
120 yang ditandingi. Majoriti kerusi yang dimenangi UMNO adalah dari kawasan
yang mempunyai kepadatan penduduk berbangsa Melayu/Islam yang tinggi sekaligus
membuktikan bahawa sokongan orang Melayu telah kembali kepada UMNO. Ini juga
menguatkan UMNO itu sendiri sebagai parti utama yang diberi mandate untuk
menjaga hal ehwal kebajikan orang Melayu dalam masa lima (5) tahun akan datang.
“Swing” Pengundi Cina Kepada Pembangkang
Walau bagaimanapun, keputusan
PRU13 kali ini telah mencetuskan satu keadaan yang tidak sihat dimana parti –
parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) terutamanya MCA, Gerakan dan
SUPP telah tewas dengan teruk kepada DAP. DAP telah memengangi hampir 70%
kerusi yang mereka tandingi dengan majority yang semakin besar. Antaranya di
kawasan saya sendiri iaitu Seputeh dimana Teresa Kok dari DAP telah menang
dengan majoriti besar hampir 51,000 undi.
Swing pengundi Cina ini yang
dikatakan “Tsunami Cina” oleh Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak
adalah sesuatu yang diluar jangkaan. Segala bentuk program yang diadakan oleh
Perdana Menteri sebelum PRU13 untuk masyarakat Cina telah mendapat sambutan
yang menggalakkan. Segala majlis ceramah, konsert dan makan yang diadakan
dihadiri oleh ribuan masyarakat Cina terutamanya di Selangor dan Pulau
Pinang tetapi ini tidak di “translate”
kepada undi untuk Barisan Nasional (BN). Mereka hanya datang untuk “enjoy” dan
makan percuma, tetapi tetap mengundi DAP.
Hala Tuju Kepimpinan Barisan Nasional (BN)
Saya bersetuju dengan President
MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang mengatakan tidak ada seorang pun dari MCA
yang akan mengambil jawatan dalam cabinet & DUN kerana telah terbukti pada
PRU kali ini masyarakat cina tidak sokong BN dan lebih bersikap “anti
establishment”. Oleh itu, saya berharap dalam senarai cabinet baru yang akan
dikeluarkan dalam beberapa hari lagi, tidak ada satu pun orang Cina yang
dilantik. Ini sejajar dengan aspirasi masyarakat Cina yang telah menolak
kerajaan pada PRU kali ini.
Selain itu, saya juga berharap
kepimpinan tertinggi BN & Kerajaan dapat mengenalpasti polisi – polisi
kerajaan yang baru untuk menaikkan taraf ekonomi & pendidikan masyarakat
Bumiputera dan India di negara ini. Walaupun telah banyak polisi yang baik,
tetapi sebagai “reward” untuk kesetiaan masyarakat bumiputera dan india kepada
BN, saya berharap lebih banyak polisi ini dapat diketengahkan. Insyallah.
Kepada ALLAH swt Kami Berserah,
4 comments:
Pengundi di Sabah dan Sarawak diharapkan jangan dilupakan. Mereka tidak pernah jemu untuk bersama BN. Tanpa sokongan mereka mungkin BN berada dalam keadaan yang teramat sukar.
Saya cadangkan Kedah dijadikan Hub Ekonomi baru untuk Utara tanahair. Diharap dapt dipertimbangkan untuk membina Pelabuhan Bebas Cukai di Kedah untuk kapal2 berlabuh. Berikan insentif serta diskaun untuk bahanapi, air serta caj berlabuh. Tingkatkan taraf pengangtkutan darat dan udara di Kedah. Naik taraf lapangan terbang Kargo Kedah. Lapangan terbang Alor Star dinaik taraf menjadi Lapangan terbang antaranbangsa. Ini sesuai dengan visi MB baru untuk meningkatkan kehadiran Pelancung di Utara.
Ini boleh diibaratkan hadiah khas untuk penduduk Kedah yang bersatu-padu menyokong BN sehingga tumbangnya kerajaan PAS di Kedah.
Kedah sudah ada Kulim Hi-Tech. maka di harap dapat diperluaskan lagi kemudahan serta industri di sana.
Kerajaan Kedah Juga boleh menjalin hubungan ekonomi yang erat dengan kerajaan Perak. Wujudkan keretapi komuter/laju diantara Alor Star dan Ipoh untuk memendekkan tempoh perjalanan.
Saya yakin jika dua negeri ini bergabung maka Kedah dan Perak boleh manjadi kuasa ekonomi di Utara.
Kerajaan Kedah jangan lupa utk menaikkan caj air yg dibekalkan kpd Pulau Pinang. Kalau tak mahu bayar juga, hentikan saja bekalan air ke Pulau Pinang.
Ini akan menjadikan rakyat Pulau Pinang marah kpd DAP kerana dibebani oleh harga air yg tinggi.
Lihat bagaimana sejak akhir2 ini peniaga2 Cina telah sewenang2nya menaikkan harga barangan mengikut arahan Comunist DAP. Peniaga2 Cina ini sudah tentulah suka dgn harga barang yg dijual tinggi sebab dapat untung yg lebih. Bila rakyat bertanya kenapa harga barang naik. Jawapan mereka adalah "Lu tanya pd Kerajaanlah" (maksud mereka Kerajaan BN). Ini semua dilakukan supaya rakyat jelata akan berasa marah kpd Kerajaan BN dan akan mengundi Pembangkang.
Melayu mudah lupa??????
Minta maaf klu nk ckp kt sini..kenapa kebnykan pemimpin dari smnjung klu berckp hanya merujuk kepada melayu china dan india..seolah olah sbh srwk xpnah wujud dlm penah malaysia...jgn smpai sbh srwk berpaling tadah !!..
Saya SANGAT SETUJU.
PESAN KEPADA PM DAN KABINET BARU,
PESANAN DARI ORANG
MELAYU/ BUMIPUTRA.
Pilih nak `pujuk' dan `jaga' orang Melayu/bumiputra,lebih baik,kalau bolih lebih 10 kali baik dari 50-60tahun dahulu....
Atau nak terus`ligan' lagi,`bagi peha ,badan dan kepala' pada orang china..dan biaq depa TELAN BN/umno.
Kalau pilih melayu/bumiputra, KAMI IKUT KAMU.
KALAU pilih Cina, KAMI TAK SEGAN SILU tinggalkan BN dan UMNO selamanya PRU 14 nanti....BETUI NI, tuan PM...
PM dan kabinet baru ada kuasa lebih baik sekarang,MCA dah kira mati,MIC dah kira keok,gerakan dah bungkus...
BARISAN MENTERI KABINET BARU sangat di tunggu...barisan ini akan
menentukan BN menang atau kalah PRU14...
ATAU ada lagi ahli UMNO.
Pada DAP, you jaga la pengikut kamu tu...kami tak sior pun.
DAH tau dah hampa bukan reti kenang budi...balas budi jauh la lagi....
You do what you are doing.
And we will and must be doing things THAT we should have done all these years!
Post a Comment