KL CHRONICLE: Analisis #PRU13 : Jika @anwaribrahim Tak Terima Keputusan #GE13 , Kenapa..... #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13 #Najib4PM #BN4Malaysia

Friday, May 10, 2013

Analisis #PRU13 : Jika @anwaribrahim Tak Terima Keputusan #GE13 , Kenapa..... #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13 #Najib4PM #BN4Malaysia


Anwar nampaknya tidak akan pernah berputus asa untuk mendapatkan apa yang diidamkan beliau selama ini. Beliau akan bertindak dengan apa cara sekalipun bagi memastikan rancangan dan agendanya untuk menjadi PM tercapai.



PRU13 ini, Anwar sekali lagi mengambil bahagian dan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan bersara sekiranya gagal dalam percaturannya kali ini. Namun, apabila terbukti dia gagal dalam meluaskan empayarnya untuk menguasai Putrajaya, sekali lagi makhluk munafik ini mungkir. Tidak cukup dengan itu dia turut mengugut untuk mendesak agar diadakan pilihanraya semula semata-mata untuk memuaskan nafsu hatinya.

Namun apa yang pasti, beliau telah gagal untuk menambah bilangan negeri untuk dikuasai malah telah hilang kerajaan negeri Kedah apabila majoriti rakyatnya mengundi untuk kembali kepada BN. Seperti kebiasaannya, salah sendiri akan ditunding kepada orang lain, dalam kes yang melibatkan pilihan raya, sudah tentu SPR yang akan menjadi kambing hitamnnya.

Beliau menuduh kononnya SPR tidak adil dan tidak telus malah menipu ketika melaksanakan proses pengiraan undi dan juga beberapa proses lain yang melibat penggunaan dakwat kekal, senarai daftar pengundi dan banyak lagi.

Ini semua bagi menunjukkan protes Anwar ynag sekali lagi gagal membuktikan bahawa sistem pilihan raya negara ini tidak bersih dan tidak adil dengan mereka cerita dan tuduhan pelbagai kepada SPR. Tindakan Anwar menganjurkan Perhimpunan Kemarahan Rakyat malam tadi antara bukti, cita-citanya yang kemaruk untuk menjadi PM.

Sebagai contoh tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.

Mereka cuba untuk nampakkan kononnya SPR ini tidak ada integriti, tidak 'credible', suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap. Ini adalah satu satu penipuan, pembohongan, dusta yang sangat melampau, sangat keji. 

Persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak yang kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.

Walaupun Anwar tidak menerima keputusan pilihan raya, nampaknya KM P Pinang dan MB Kelantan sudah pun mengangkat sumpah. Adakah mereka juga tidak terima keputusan PRU13? Kenapa mereka tidak bersetuju dengan Ketua Umum mereka dan turun bersama untuk memperjuangkan kononya hak Pakatan Rakyat yang lain?

Selain daripada itu, tindakan Anwar menulis tweet, kononnya PR telah menang sebelum sebarang keputusan diumumkan adalah taktik Anwar untuk memburukkan proses pilihanraya. Ini bagi memastikan rakyat tertipu dengan taktik kotor beliau dan secara tidak langsung menggembirakan penyokongnya.

Namun, setelah pengiraan secara teliti dibuat, ternyata mereka kalah dalam undi sehingga membuatkan penyokong PR yang sebelum ini rasa kecewa dengan keputusan yang rasmi. Inilah taktik Anwar Ibrahim, segala penipuan dan politik kotot digunakan bagi mengejar cita-citanya selama ini.

Rakyat yang menyokong beliau nampaknya masih belum sedar bahawa mereka sekarang sedang ditipu dan dikaburkan pandangan mereka oleh Ketua Pembangkang ini

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget