KL CHRONICLE: Kajiselidik - Rakyat Melaka berpuas hati dengan pentadbiran BN di bawah @mohd_ali_rustam #BNBagus #BN4Malaysia #Najib4PM #TolakPR #GE13 #PRU13

Friday, April 5, 2013

Kajiselidik - Rakyat Melaka berpuas hati dengan pentadbiran BN di bawah @mohd_ali_rustam #BNBagus #BN4Malaysia #Najib4PM #TolakPR #GE13 #PRU13



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, projek pembangunan termasuk pengindahan Sungai Melaka berjaya menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara selain diiktiraf dunia.

"Ini menjadikan Melaka semakin rancak dalam pelbagai kegiatan ekonomi dengan tahap kemiskinan paling rendah di samping tersenarai di tangga ke-28 daripada 45 negara yang perlu dilawati di dunia menerusi kajian dilakukan akhbar The New York Times," katanya selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Bandaraya Berkembar Melaka di sini.

Beliau berkata pembangkang dilihat masih memainkan isu pembaziran projek kerajaan BN melalui risalah dan ceramah yang diadakan di negeri itu. 

Katanya, tohmahan oleh pembangkang itu sekadar bertujuan mengelirukan rakyat
dengan memutarbelitkan fakta mengenai projek dijalankan kerajaan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget