KL CHRONICLE: Bahagian 2: Melayu Mahukan Perubahan #1Malaysia #TolakPR #GE13 #PRU13

Thursday, April 4, 2013

Bahagian 2: Melayu Mahukan Perubahan #1Malaysia #TolakPR #GE13 #PRU13


PERINGKAT AWAL PERUBAHAN
Di peringkat awal kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib kelihatan seolah-olah programnya adalah tindakbalas ke atas janji-janji PR. Ejen-ejen PR telah berjaya menanamkan bibit sebab kegagalan dalam PRU ke 12 sebagai berpunca dari Dasar Ekonomi Baru. Bibit ini telah bermula subur apabila Model Ekonomi Baru diperkenalkan sebagai alternatif dan bukan lanjutan kepada hasrat dan cita-cita DEB. Lebih-lebih lagi apabila timbul dakwaan bahawa ada di antara ahli penggubal MEB ini tidak fasih di dalam Bahasa Melayu.

Oleh kerana perasaan takut banyak pemimpin Melayu, dari berbagai sektor, atas kemungkinan terkorbannya kepentingan Melayu dalam pembangunan negara maka rata-rata kita merasa gelisah sehingga NGO-NGO Melayu telah bersatu untuk menubuhkan MPM atau Majlis Perundingan Melayu. Oleh kerana MPM merupakan NGO yang non-politik maka PERKASA di bawah pimpinan aktivis Dato' Ibrahim Ali telah bergerak dengan agenda politik pro-Melayu yang jelas dan lantang. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan PENAWAR ( dulu Pakku ) juga telah mengadakan kongres, konvensyen dan seminar untuk meleraikan kegelisahan yang timbul di hati para peserta. 



BERWAWASAN, TERSENDIRI DAN ORIGINAL

Setelah beberapa bulan berlalu jelas kelihatan, dengan terserlah, bahwa program kerajaan BN di bawah pimpinan Dato' Seri Najib adalah berwawasan, tersendiri dan original.

Begitu berkesan kegiatan Perdana Menteri sehingga seorang penulis chauvinis bernama Kee Thuan Chye telah mencetak buku keduanya yang bertajuk 'Ask for No Bullshit, Get Some More!'. Buku pertamanya ialah 'No More Bullshit, Please, We're Malaysian'. Bagi beliau menolong Melayu untuk mengimbangi dengan bukan Melayu dalam bidang ekonomi ialah 'Bullshit' dan kerajaan kini nampaknya telah menghidupkan semula semangat DEB dengan pendekatan yang baru.

Yang paling ditakuti oleh pengarang yang merasa dirinya terpandai ialah sokongan Melayu yang sudah kembali kepada kerajaan.

SIKAP GOLONGAN SINIS

Rancangan BR1M adalah sesuatu yang sangat berkesan bagi masyarakat yang memerlukan. Bagi mereka yang lumayan pendapatannya pemberian kerajaan ini dianggap tidak betul, tetapi mereka ambil juga duit itu.

Pemberian wang tunai adalah relevan dan ianya lebih relevan bagi orang berpendapatan rendah dari membina jalan baru, kerana dengan wang tersebut seseorang itu boleh membeli apa yang diperlukan dan diminati, dikehendaki atau diperlukan.

Di waktu saya kecil di bangku sekolah rendah saya sering ke Pulau Pinang untuk beristirehat di rumah keluarga saya yang agak berada di musim cuti sekolah. Setiap kali saya ke Penang saya dibawa ke kedai kasut Bata di tepi Farmasi Tong Aik di Penang Road untuk membeli kasut kulit kerana emak saudara saya memikirkan saya perlu hidup lebih mewah dan belajar pakai kasut kulit.

Bila saya balik ke Yan kasut itu saya jual kerana saya lebih selesa dengan kasut getah dan kasut kulit pula tidak pernah dipakai oleh kanak-kanak sekolah.

Jika emak saudara saya memberi RM30-00 kepada saya ianya pasti lebih berharga daripada kasut kulit RM85-00 kerana saya boleh beli apa yang saya perlukan dengan RM30-00 seperti pensil dan kasut getah. Inilah BR1M bagi saya.

Baru-baru ini saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan rapat saya menyatakan seorang pemandu teksi, yang teksinya dinaiki beliau, telah mengatakan bahawa semua pemberian lesen oleh kerajaan kepada pemandu teksi ialah disebabkan adanya tokoh pembangkang. Mereka lupa bahawa di waktu ketua pembangkang menjadi Menteri Kewangan beliau tidak pernah terfikir untuk memberi bantuan sebegini.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget