KL CHRONICLE: Ubah Keputusan: Melayu Tetap Tiada Dalam Jawatankuasa Pusat DAP

Monday, January 7, 2013

Ubah Keputusan: Melayu Tetap Tiada Dalam Jawatankuasa Pusat DAP

Rumusan yang dapat disimpulkan hasil dari pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 pada pertengahan Disember 2012 lepas ialah parti chauvinist Cina itu masih tebal dengan sikap perkauman.

Ia terbukti benar kerana tiada seorang pun daripada 8 orang calon keturunan Melayu Islam termasuk seorang Melayu Celup yang berjaya menempatkan diri sebagai anggota CEC yang dipilih oleh perwakilan DAP.

Manakala wakil dari kaum India hanya seorang sahaja yang terpilih, sementara dua lagi pemimpin keturunan Sikh yang terpilih pula adalah anak beranak, selebihnya 17 orang lagi ialah pemimpin keturunan Cina termasuklah empat orang daripanya mempunyai hubungan kekeluargaan.

Melihat pada senarai baru anggota CEC yang terpilih itu jelas sekali ia bertentangan dengan propaganda DAP yang selama ini sering mendabik dada kononnya parti itu memfokuskan kepentingan berbilang kaum serta komited memperjuangkan dasar terbuka dan sama rata.

Menyedari impak negatif dari senario itu disamping kecaman oleh orang ramai, akhirnya DAP memutuskan untuk melantik dua orang pemimpin Melayu sebagai anggota baru CEC termasuk seorang Melayu Celup bernama Zairil Khir Johari.

Satu langkah yang tidak pun membantu memulihkan imej rasis DAP kerana lantikan itu bukannya pilihan majoriti ahli DAP, sebaliknya ia dilihat sebagai tindakan terdesak dengan mengangkat dua orang pemimpin Yes Bos dan Yes Sir yang akan senantiasa angguk-angguk sahaja.

Gagal dengan idea lantikan tersebut, akhirnya DAP mencipta rekod tersendiri apabila pergi lebih jauh dengan mengubah keputusan pemilihan rasmi oleh perwakilan parti semata-mata untuk menutup kritikan umum terhadap keputusan asal yang jelas menonjolkan sikap perkauman parti itu.

Tiba-tiba sahaja selepas dua minggu proses pemilihan berakhir, nama Zairil dipindah naik mencanak dari tempat ke 65 ke kedudukan 20 bagi memperlihatkan kononnya ada juga seorang pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli dan perwakilan DAP untuk menduduki CEC.

Usaha songsang DAP memanipulasi dan menipu proses pengiraan undi demi menaikkan nama Zairil tidak pun membantu parti itu. Macam tikus baiki labu jadinya.

Dalam keadaan baru berpeluang memerintah beberapa negeri sudah pandai meminda keputusan rasmi pemilihan, tak sukar dibayangkan kelak betapa buruknya nanti proses pilihanraya negara ini jika DAP dan kuncunya dalam PR diberi peluang memerintah.

Alasan kononnya Zairil menjadi mangsa semasa proses pengiraan undi disamping ralat dan kesilapan ketika memindahkan keputusan pemilihan tentunya akan diterima bulat-bulat dan ditelan begitu sahaja oleh penyokong dan pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR.

Tapi alasan yang setara dengan pemikiran kanak-kanak tadika PASTI ini tidak pun berupaya mengubah pandangan umum terhadap DAP, dulu dan kini DAP tetap rasis sama ada dalam tindakannya mahupun dasarnya. 

Lagipun Zairil yang dikenali sebagai Melayu Celup itu darah keturunannya 100% Cina, merupakan anak kandung kepada Christine Lim Bin Abdullah dan statusnya yang betul ialah anak tiri kepada bekas Setiausaha Agung UMNO, Mohammad Khir Johari.

Penggunaan nama Zairil Khir Johari hanyalah satu taktikal strategik untuk mencapai kepentingan peribadi dengan memperalatkan populariti dan jasa bakti ayah tirinya disamping dilihat bermanfaat untuk menjayakan propaganda DAP yang mahu mengabui mata masyarakat Melayu Islam.

Hakikat dan realiti sudah terbentang di depan mata, tiada seorang pemimpin Melayu Islam pun yang menjadi pilihan majoriti ahli DAP kerana pada fikiran mereka yang rasis itu, orang Melayu Islam tidak layak untuk menjadi pemimpin utama DAP apatah lagi terlibat langsung untuk memandu arah tuju parti.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget