KL CHRONICLE: PRESS STATEMENT SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR), PEMBANGKANG JANGAN NAK MENIPU RAKYAT LAGI

Tuesday, January 22, 2013

PRESS STATEMENT SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR), PEMBANGKANG JANGAN NAK MENIPU RAKYAT LAGI


Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Pemilih berdaftar
c) Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia
d) Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
Anda perlu menghantar Borang 1B kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti yang berikut;
a) melalui emel kepada upup@spr.gov.my ; atau
b) melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192 ;atau
c) melalui pos ke alamat;

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Aras 4-5, Blok C7,
Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya
(Attn : Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)
Anda perlu menentukan kepada SPR Pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi.
Permohonan untuk mengundi secara pos diterima oleh SPR dalam tempoh bermula pada 21 Januari 2013 hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa
Sila lihat Soalan lazim (Q&A) berhubung dengan pengundian pos dari luar negara

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget