21. Semasa konfrontasi ini berlaku, permainan media akan dimainkan lagi. Media pro-pembangkang akan mengetengahkan keganasan yang dilakukan kepada 'rakyat' kononnya. Ini akan menyemarakkan lagi kemarahan orang ramai dan akhirnya menyebabkan lebih ramai lagi orang yang akan turun.
22. Seperti yang berlaku di Gombak baru-baru ini, kejadian tersebut adalah untuk membina persepsi orang ramai tentang keganasan parti UMNO, walaupun yang cedera itu adalah orang UMNO sendiri dan tiada seorangpun jentera pembangkang membuat laporan polis ataupun masuk ke hospital.
23. Namun begitu, pihak media pro-pembangkang melaporkan perkara-perkata seolah-olah satu pergaduhan yang tersangatlah dasyat berlaku dan mangsa kejadian adalah dari jentera pembangkang. Mereka sudahpun melabelkan UMNO sebagai samseng di dalam kes ini.
Lupakah kita apa yang berlaku semasa Bersih 3.0?
24. Saya percaya bahawa Hishammuddin Rais akan mengharapkan agar akan berlakunya kes kematian agar dapat dieksploitasikan oleh beliau. Dengan mengambil kira bilangan yang besar seperti 1 juta orang tersebut, kebarangkalian untuk berlakunya kes kematian adalah tinggi.
25. Kes kematian ini akan menjadi pokok kepada agenda mereka untuk memainkan persepsi di media sekaligus menunjukkan berlakunya ketidakadilan yang berlaku dan seterusnya rakyat akan bangkit dan menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.
26. Itulah harapan Hishammuddin Rais semenjak beliau menjadi aktivis sosialis tahun 70-an dahulu. Sekali di dalam hidup beliau, beliau ingin rasai 'revolusi' rakyat ini berlaku hasil pimpinan beliau. Inilah yang beliau paling impikan untuk berlaku.
27. Seorang tua pernah berpesan kepada saya lama dahulu bahawa di dalam lipatan sejarah Malaysia ini, bakal berlakunya satu lagi rusuhan yang besar-besaran, tetapi kali ini tidak melibatkan antara kaum tetapi sesama kaum. Melayu vs Melayu.
28. Adakah ramalan seorang tua ini bakal menjadi kenyataan? Hati kecil saya mendoakan agar orang tua ini tersalah ramalannya.
29. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.
30. Menyokong PR beerti menyokong segala salah laku Anwar Ibrahim
No comments:
Post a Comment