KL CHRONICLE: Part 2 : Strategi Tidak Bertanggungjawab Dalang #KL112 Untuk Rosakkan Negara

Saturday, January 12, 2013

Part 2 : Strategi Tidak Bertanggungjawab Dalang #KL112 Untuk Rosakkan Negara


11. Pada masa yang sama, kumpulan-kumpulan media pro-pembangkang khususnya blogger dan portal akan digunakan sebagai agen promosi. Mereka dijangka akan menggunakan imej Nik Aziz ataupun kata-kata beliau untuk memujuk orang ramai turun.

12. Elemen Nik Aziz adalah penting untuk memujuk khasnya jentera PAS yang terkenal dengan mentaliti fanatik, kos rendah dan sanggup melakukan apa sahaja demi Nik Aziz.

13. Media utama pro-pembangkang seperti Harakah, Roket, dan Suara Keadilan turut bakal memainkan peranan penting dalam mempromosikan himpunan ini. Penggunakan #KL112 akan digunakan disetiap posting mereka di media sosial.

Apa jua isu pun akan dikaitkan dengan #KL112 untuk menarik khalayak

14. Dapat dilihat juga bahawa mereka belum lagi mengumumkan tempat himpunan tersebut. Mereka hanya menggunakan kata kunci Kuala Lumpur sahaja, tetapi tempat spesifik tidak diberitahu.

15. Ini kerana mereka ingin mengelakkan daripada pengetahuan pihak Kerajaan yang mereka jangkakan akan melakukan program di tempat tersebut pada tarikh dan masa yang sama. Langkah ini mereka cukup berhati-hati agar tidak didedahkan.

16. Namun begitu, kawasan yang mampu mengumpulkan 1 juta orang khalayak adalah di Dataran Merdeka dan Stadium Bukit Jalil sahaja. Kawasan lain boleh mendatangkan implikasi negatif yang sukar dijangka.

17. Konsep yang ingin dibawa oleh Hishammuddin Rais adalah 'kemarahan'. Beliau inginkan seramai mana mungkin rakyat untuk naik ke pentas dan meluahkan perasaaan marah mereka. Kaedah ini adalah untuk mewujudkkan satu kesedaran kelompok (crowd awareness). Ini langkah pertama yang biasanya digunakan semasa demonstrasi untuk menggalakkan khalayak bertindak sebagai satu unit yang sama.

18. Menyemarakkan kemarahan adalah penting untuk langkah seterusnya.

19. Dijangka dengan kemarahan 1 juta orang yang berada di satu tempat yang sama, konflik memang tidak akan dapat dielakkan.

20. Pergaduhan antara sesama sendiri ataupun dengan pihak berkuasa boleh dijangka akan berlaku dan elemen konfrantasi inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh Hishamuddin Rais.

Sambungan point 21 - 30 8.30 malam ini...


2 comments:

Anonymous said...

da tak ramai monyet2 pas skrg ni bebb....

Rakya Malaysia said...

Kalau Ada hanya 80,000 orang. Himpunan gagal. 1,000,000 dijanjikan. Only 8% attendance. A complete failure.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget