KL CHRONICLE: Paderi Indonesia: Kalimah Allah khusus untuk Islam Tapi @cmlimguaneng Tak Bersetuju?

Sunday, January 20, 2013

Paderi Indonesia: Kalimah Allah khusus untuk Islam Tapi @cmlimguaneng Tak Bersetuju?



Penganut agama Kristian perlu memahami kalimah ‘Allah’ sebagai kata nama Tuhan atau sembahan khas bagi umat Islam telah berlaku sejak lama dahulu, kata Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar.
Memetik laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Jahja (atau disebut Yahya) berkata perkataan Allah itu tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama khas untuk Tuhan kepada komuniti Muslim.
“Lihat sahaja dalam kitab suci umat Islam, al-Quran sama ada dalam terjemahan bahasa Inggeris, bahasa Belanda waima bahasa Melayu sekalipun, kalimah Allah terang-terangan disebut tanpa sebarang perubahan.
“Dari sudut pandangan linguistik, setiap sembahan atau Tuhan harus memiliki nama. Dan Tuhan orang Islam adalah Allah, ia tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama khas,” kata Jahja dipetik Mingguan Malaysia.
Jahja yang ditemui di Jakarta berkata, berdasarkan kajian yang dijalankanny, Tuhan Kristian berdasarkan bahasa asli perjanjian lama adalah Elohim.
“Seandainya diterjemahkan kepada bahasa Arab, maka yang tepat menggantikan Elohim adalah Ilah, bukan Allah,” katanya, dan menambah terjemahan itu dibuat berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.
Paderi Indonesia itu menjelaskan, nama Allah  sangat konsisten berdiri atas namanya sendiri dan tidak diterjemah berasaskan berasaskan bahasa suku, seperti mana kalimah Elohim.
Beliau turut mengemukakan contoh bagaimana kalimah Elohim diterjemah kepada beberapa bahasa suku, seperti Tete Manis bagi Kristian Maluku, Jubata (Kristian Dayak), Diyos (Kristian Filipina), God (Kristian Amerika Syarikat), dan Theos (Kristian Yunani), serta banyak lagi.
“Ini yang membezakan Tuhan Islam dan Kristian ... Tuhan Islam sangat konsisten iaitu Allah.
“Nama Allah tiada terjemahan atau dialih bahasa, ini harus menjadi ingatan penganut Kristian,” katanya.
Kalimah itu kemudiannya menjadi topik hangat setelah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui perutusan Krismasnya menggesa kerajaan Barisan Nasional memberikan kebenaran untuk komuniti Kristian menggunakan perkataan tersebut.
Tindakan beliau itu kemudiannya mendapat respon pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik, malahan, PAS juga turut membuat ketetapan perkataan itu boleh digunakan bukan Islam, namun tidak boleh ditafsirkan kepada mana-mana bahasa atau sebaliknya.
Pakatan Rakyat bagaimanapun mengambil ketetapan perkataan Allah boleh digunakan kelompok bukan Islam.
Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, melalui Majlis Agama Islam Selangor, juga turut bertitah dan menegaskan perkataan Allah adalah hak Muslim dan golongan bukan Islam dilarang sama sekali menggunakannya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget