KL CHRONICLE: TERDAPAT RANCANGAN UNTUK GULINGKAN SAYA - KARPAL SINGH

Friday, December 14, 2012

TERDAPAT RANCANGAN UNTUK GULINGKAN SAYA - KARPAL SINGH

Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mendakwa terdapat rancangan untuk menggulingkan dirinya dalam konvensyen DAP ke 16 yang bermula hari ini.

"Saya juga mengetahui rancangan untuk menggulingkan saya.

"Tetapi saya tidak takut, saya telah membuktikan diri saya dan rekod saya bercakap untuk dirinya sendiri," kata beliau dipetik dari Sinar Harian Online.

Karpal seringkali lantang dalam isu-isu berkaitan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam sehingga menyebabkan pertelagahan dengan rakan-rakan dari parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PAS.

Karpal baru-baru ini berkata kedudukan parti itu mengenai isu hudud tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib semasa muktamar di Kota Baru baru-baru ini bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju dengan pelaksanaan hudud sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas pilihan raya akan datang.

"Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.

Konvensyen DAP ini adalah yang terakhir sebelum pilihan raya umum (PRU) ke13, dijangka hangat oleh kerana turut mempertandingkan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).

"Selain itu, konvensyen itu tidak membuat keputusan parti. Keputusan hanya dibuat oleh CEC.

"Konvensyen ini adalah semata-mata mengenai siapa yang mendapat dipilih ke CEC.

"Bagaimanapun, saya boleh beri jaminan kepada anda bahawa keseluruhan prosiding akan dijalankan dengan demokratik," kata pemimpin veteran itu.

Karpal menafikan DAP mengamalkan 'dinasti keluarga' dan menganggapnya sebagai kebetulan.

"Kami mempunyai banyak bakat muda dalam parti, ramai sedang menunggu untuk menjadi ahli DUN, manakala berharap untuk bergerak sehingga menjadi Ahli Parlimen. Ia adalah masa untuk beberapa muka lama untuk bergerak ke atas, tidak ada isu dinasti keluarga di sini," katanya.

PR ditubuhkan pada tahun 2008 selepas PKR, DAP dan PAS mendapat 82 daripada 222 kerusi parlimen dipertandingkan serta menawan empat buah negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta mengekalkan Kelantan.

Perak walaubagaimanapun jatuh kembali kepada Barisan Nasional (BN) setahun selepas itu apabila tiga ahli dewan undangan negeri (ADUN) PR bertindak meninggalkan gabungan tersebut mengembalikan penguasaan majoriti kerusi DUN kepada parti pemerintah untuk membentuk kerajaan negeri baru.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget